Tuesday, December 10, 2013

Muhasabah

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat, ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan, baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersujud
Kiniku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terungkap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa kian
Jadi penawar dosaku


Butir-butir cinta airmataku, 
Teringat semua Kau beri untuk ku
Ampuni khilaf dan salah, 
Selama ini
Ya Illahi 

Tuhan kuatkan aku,
lindungiku dari putus asa, 
Jika aku harus mati.
Pertemukan aku denganMu


- edcoustic

Wednesday, October 23, 2013

Goodbye


Fungsi utama blog yang dahulunya tempat aku luah perasaan, celoteh itu ini rasanya sudah tidak applicable lagi. Sebab aku rasa aku tak perlu pon nak share sume benda. Cukuplah Allah swt saja yang tau and kawan kawan rapat. Tak perlu lah kan strangers nak tau pasal hidup aku.

 En? (bajet ada strangers stalk tak tahannn) 


So, goodbye blog. Cukuplah dah bertahun-tahun ada blog. Allah yang ada sepanjang umur kita. 


P/s: kalau nak request post okay kot aku nak delete old posts je 278++ kot pffttt tak sangka aku ni rajin gila mengadap laptop taip benda rubbish tu hahahha

Padam

Assalamualaikum,

Erm sedang berkira-kira nak delete blog ni.

Followers boleh lah cari blog baru nak hinggap haha. LOL.

Okay bye assalamualaikum :)

Sunday, September 15, 2013

Rapuh





Aku rindukan saat dulu,
Saat dimana semua gerak langkahku dipantau rakan rakan yang menyayangi,
Saat aku terleka,
Saat aku alpa,
Saat aku lupa akan batasnya agama,
Saat aku berikhtilat sesuka hati,
Saat aku TERhilangkan handsock (waktu first pakai),
Saat aku terbuang stoking,
Saat aku lantangnya bersuara,
Saat aku abaikan tanggungjawab,
Saat aku abaikan pelajaran,
Saat aku abaikan santapan hati,
Saat dimana aku perlu ditegur,
Saat dimana aku perlu diingatkan.


Tapi kini,
Mereka sudah tiada disisi,
Untuk menegur,
Untuk mengingatkan,
Maka berat sungguh untuk ku menerima haikat ini,
Aku sudah tidak punya tempat bergantung,
Tempat untuk sentiasa mengingatkan,
Selain Allah swt,
Terpaksa aku ingatkan diri sendiri,
Akan singkatnya kehidupan,
Akan peritnya perjalanan,
Akan hebatnya dugaan beragama,
Yang mana mungkin agak sukar,
Kerana manusia pantas diingatkan,
Kita pantas terlupa,
Allahu Rabbi, bantu aku.

Moga aku mampu.


Aku rindu kalian, Diyan, Sakinah, Fatini, Aina, Faseeha, Farahin serta mereka yang selaluu menegur aku. Terima kasih kalian. Jazakillahu khairan katsiran :')

Monday, September 9, 2013

Some might say

Some might say...

That I'm selfish

I am ignorant

I am pointless

I am clumsy in making decision.



Trust me. I ain't.


Before I jump into a decision I made a lot of reflections.

Towards my mum, my dad. My entire family. And myself.

But the answer was always the same : MOVE.

I isn't my choice, it's my heart's decision. And after several istikharah prayers. It was always be the same!

I'm sorry if I had ever disappoint anyone. I didn't mean to. I just stuck in between. But yeah. Let Allah decides. I can't do anything though if it is already written for me to be here. I must stay then. But I hope I wont.


I just don't.



Wednesday, August 28, 2013

Jatuh

Airmata ini sudah kering. Benar rupanya apa yang dikarya novelis selama ni, bila kita sedih melampau, bila orang yang kita sayang and rapat taknak support kita, ya Allah ya Tuhan sakit sangat rasa. Menyucuk. Literally. Hari ni, sepanjang hari. Bicara aku hanya dirungkai oleh airmata. Focus memang dah lari sepanjang kelas. Ya Allah tunjukkan aku jalan. Agrh airmata masih setia keluar walaupun tangki sudah kering kontang, Perit rasanya. Aku tersepit antara dua kondisi, ditelan mati emak, diluah mati bapak. Aku dah buntu ya Allah. Buat rakan rakan yang mengetahui conflict aku, aku perlukan nasihat korang. Aku dah lost sekarang. Nak turutkan kata yang mana satu. Kata hati atau perasaan. Wallahi aku taknak sikiit pon lukakan perasaan parents aku, apatah lagi naikkan blood pressure. Sungguh, aku dah simpan benda ni 2 minggu before. Malam malam aku seperti biasa, tears. Aku simpan 2 minggu, buat istikharah. Tapi benda sama saja yang aku rasa. Until last night, my mother rasa tak sedap hati and call. And masa tu first time aku luah. Aku simpan sebab aku tahu expectation parents aku tinggi ke bintang. Aku takut. Sangat. Aku taknak benda yang paling aku takut jadi pada ayah berulang balik. Ya Allah betul aku takut.

2 minggu sudah aku menangis. Menangis bukan kerana aku mengalah, tapi aku cuba untuk fight demi ayah. Tapi..lama mana aku mampu tahan. Aku harap ayah faham tapi. Hmm bukan salah ayah and umi. Entah, nak kata before datang sini aku tak fikir masak masak. Ya Allah sehabis mungkin aku istikharah, tapi entah. Mungkin dugaan Allah nak tengok sejauh mana aku mampu. Ayah, umi, orang akan fight selagi mampu. InshaaAllah.


" Nur Syafiyah Nabilah, kau kena kuat. Kau kena pikir semuaaa benda. Jangan fikir minat kau sorang. Fikir apa dah ayah dengan umi dah buat before kau sampai sini. Just bear that in your mind, idiot."

Saturday, August 24, 2013

Switch the questions

Oh if anyone wonders (someone asked me) how's my life right now. I'm doing fine, I am still able to sleep safe and sound every single night. Eat a whole plate of rice every lunch hour, perfectly safe and sound alhamdulillah. Unlike the Egyptian. I guess you should have asked " How's my family in Egypt ? Are they doing fine? What do they eat, do they sleep every night? Do they have their life safe and sound? " You just should ask that instead of asking about me. Till then, just do some reflection to ourselves. Assalamualaikum.

Friday, August 23, 2013

Nak rujuk siapa ?




Ukhuwah ini kekal, bi idznillah



Hari ni si Epi call.

" Aku dah sedar lah beb, aku rasa aku nak mula buat balik benda yang dah jadi rutin aku selama ni "

" Ha bagus sangatlah tu! *riang* "

" Tapi kan, aku tak dapat gain banyak sangat ah ilmu kat sini. Takda usrah, takda forum, takda ceramah. Aku taktau nak deliver apa. Kang bila aku dah start  nanti terkontang kanting nak cakap pasal apa. Kalau diorang tanya soalan nak jawab macam mana pun taktau *nada sayu* "

" Hmmm. Kau ada bawak al-Quran purple kau tak pegi sana ? "

" Of course lah! "

" So settle masalah then."

" Takkan aku nak baca al-Quran semata-mata kot tiap kali usrah ? Nanti diorang boring lah pulak hmmm "


" Sis, al-Quran tu buku kepada segala buku. Al-Quran tu ada semua benda. Kau tadabbur lah dulu a few surah before usrah, then kau ceritakan balik apa yang kau baca tu. Kalau ceramah pon ustaz/ustazah akan bagi ceramah based on al-Quran and hadis jugak. Sama je. Kau kena pandai lah cari ilmu from al-Quran directly takkan selamanya nak suruh orang lain translate kott. Belajar bahasa German kemain lagi siap boleh paham semua muvi german pffftttt "

" Amboiii sinis bunyii "


" Hehehehe no offence...tapi kan betul lah hehe. Kau kena baca dengan erti kata baca yang sebenar ha. Jangan main bacaa straight je lepas tu tak tengok makna. Guna al-Quran macam guna buku rujukan rujukan kau yang lain. Kau kena tanda mana part yang kau rasa sesuai dengan tajuk apa kau nak bawak. Baru senang and osem beb! Lagi satu, al-Quran cantik buat hiasan shelve pon tak osem hehe. Biar cantik bermakna gituu "


" Hehe okay sis. Thanks sebab aku memang dah taktau nak rujuk sapa lagi kat sini. Ustaz ustazah memang takda lah. Hmm al-Quran pink kau tu pon jangan buat hiasan rak je tau! Kbye! "

Talian putus.



"Al-Quran is for yourself, NOT for your SHELVE!"


Selamat bertadabbur :)

Wednesday, August 14, 2013

Ya Allah, bantu kami

Tuhan, sampaikanlah.

Tuhan,
sampaikanlah,
azabMu yang amat dahsyat,
ke atas As-Sisi dan kuncu-kuncunya yang mengkhianat.

Tuhan,
sampaikanlah,
bantuan yang terhebat,
buat saudara-saudari kami yang dibantai tenat.

Tuhan,
sampaikanlah,
doa-doa kami,
makbulkannya agar terbela ummah ini.

Tuhan,
sampaikanlah,
kemaafan kami,
atas dosa-dosa kami yang melemahkan ummat hingga sehina ini.

Tuhan,
sampaikanlah,
diri kami,
ke sisi saudara-saudari,
dengan izzah dan kekuatan,
satu hari nanti.

Cukuplah kami berbelasungkawa,
belum sembuh Ghazzah dan Syiria,
Mesir pula terluka,
Tuhan,
sampaikanlah,
masanya kemenangan,
bantu cuci diri kami dari kekotoran,
berikan kami kejayaan."

Karya http://langitilahi.com/




Ya Allah, bantu kami ya Allah. Tanpa pertolongan-Mu kami lemah, tak mampu ya Allah. Doakan Islam wahai sahabatku sayang.

Sunday, August 11, 2013

Selamat jalan, Alia

Assalamualaikum.

Assignment letak tepi, homework letak tepi. Hati ni sebak :'( *mata sakit*

Siang tadi, satu text yang tidak kutunggu tiba. Text yang mana ku kira bisa menyentak kelenjar air mataku dengan penuh drastik.


" Alia dah takda, kemalangan "


Argh diorang ni mesti salah fakta laluku menekan kekuci ingin menelefon seseorang.

" Alia sekali ke ? Bukan kakak dengan abang dia je "


Tangan tak mahu bertoleransi. Terketar sebentar. Tanpa ku sedar airmata mengalir laju. Laju dan tak mahu berhenti.




" Syafiiiii , eee tak suke lah panggil nama tu. "


" Alololo okay BELLA! Hahahahaha " - laju aku berlari.


" Kite satu homeroom kan ? " - sengih kerang busuk


" Ehhh sape nak homeroom dengan Alia! Eeeeee "


" Hai homeroom tiri *jelir* "


Kita tak perlu jadi homeroom untuk saling mengenal hati budi, saling menjaga, saling menegur.


Sebak betul. Selalunya budak ni pergi lepak bilik Alia. Mengadu pasal macam macam, sebab dia percaya Alia boleh simpan rahsia kemas rapi.


Hari last sesudah SPM, kami antara yang terakhir pulang. Sebelum pulang, ku singgah kamarnya sekejap.


" Aliaaaa :'( ! "


Sekejap cuma sempatku peluk dia, umi tengah tungguh dekat kereta.


" Alia jaga diri tau Alia! Jangan nakal okay. Sorry pasal bella just kidding "

" Byee Aliaaa "


Tak sangka, bye tu perkataan terakhir aku. Lepas SPM dah tak contact, tak call, tak SMS. Bye perkataan terakhir. Dan tak sangka BYE itu untuk SELAMANYA. Selamanya.


Alia,
Walaupun kita bukan sekelas, bukan sehomeroom, bukan seblok. Tapi, Syafi kenal Alia. Alia ni tak pernah sakitkan hati orang. Baikkk sangat. Suka tolong orang, semoga nanti Allah permudahkan segala urusan Alia disana okay.



Ku lihat sekelompok manusia
Ke mana hilangnya yang seorang itu ?
Perginya bertemu Illahi.
Satu saat nanti orang akan bertanya
Ke mana hilangnya dia?
Bertemu Illahi juga.



Alia, inshaaAllah kami suzuran akan teruskan perjuangan yang kita dah lalui dulu. Alia, tenanglah dekat sana okay? Sahabatmu tak akan putus mendoakanmu.

Ya Allah, ampunkan dosa dosa Alia Nabilah, rakan kami yang telah pergi terlebih dahulu daripada kami. Kelak kami bakal bertemu dengan-Mu jua ya Allah. Maka ampunkanlah dosa dosa kami.


Tinggal kenangan,

*last day after SPM. Last picture with arwah.

Friday, August 2, 2013

Boleh jadi..

Assalamualaikum.


Pernah tak apa yang korang mintak dekat Allah, Allah tak bagi lagi ? Pernah tak tefikir kenapa ? Pernah tak muhasabah diri balik ? Pernah tak?


 Allah dengar doa kita, tapi kenapa Allah tak tunaikan sekarang ? Cuba lihat diri kita balik. Tak perlu ambik cermin, reflect diri pakai hati dan iman. Bila kita request sesuatu dengan Allah, apa yang kita usaha towards niat tu? Atas niat apa korang mintak semua tu daripada Allah swt.

Ikhlas ke tidak meminta?

Allah tak jawab lagi bukan sebab Dia tak sayang kita. Tapi Dia nak tengok sejauh mana sayang kita dekat Dia. Sejauh mana kita masih berdoa, solat, berzikir pada-Nya even though Dia tak izinkan perkara yang kita mintak tu terjadi lagi. Cuba tanya diri, kalau Allah bagi apa yang kita nak tu, adakah kita masih istiqamah berusaha macam before kita dapat apa yang kita mintak tu? Adakah kita masih buat solat hajat, doa siang malam pagi petang,puasa sunat, bangun qiamullail lagi?


Kita ambil contoh paaaalinggg simple. SPM. Waktu dekat sekolah, cikgu suruh solat hajat, solat dhuha tiap tiap pagi. Kita buat. Kita pasang hajat nak dapat results 9A+/10A+ spm. Kita bangun qiamullail buat solat hajat. solat sunat tahajjud berzikir dan sebagainya. Bila lagi sebulan nak spm makin kuat kita beribadat dekat Allah kan? Alhamdulillah seronok jugak nengok students macam ni.


But then, lepas dah habis spm. Bila tengah tunggu results spm, kita masih buat lagi tak semua tu? Kita masih solat dhuha, solat hajat, qiamullail lagi ke ? Cuba tanya iman kejap. Kita buat semua tu sebab spm atau sebab Allah ? Kita solat banyak banyak doa banyak banyak sebab apa ? Agak agak betul tak apa niat kita sebelum ni? Kalau betul ikhlas syukur alhamdulillah :)

Tapi, kalau lepas spm kita dah start lagha, couple sana couple sini berkepit sana berkepit sini. Sahkan solat dhuha, solat hajat, solat fardhu pun tertunggang-langgang. Waktu solat terbabas sana sini. Handsocks dah melayang masuk bakul sampah, stoking apatah lagi, dah tak tau macam mana nak sarung stoking gamak nya.
Cuba tanya diri kita balik. Cuba tanya sekejap. Kita beribadat sebab hajat kita, atau beribadat untuk Allah atau sebab apa?

Sebab tu saya cakapkan tadi, bila Allah tak tunaikan lagi hajat kita. Ada sesuatu tentang kita yang kita sendiri tak pasti sama ada niat kita ikhlas atau tidak. Kan? So bila Allah tak tunaikan lagi hajat kita, betulkan niat dulu. Bukan niat nak dapat benda je, niat hidup. Hidup biar bermatlamat, biar tak senget dari laluan Allah.

Jadi bila Allah tak tunaikan hajat kita, Al-Quran jawab,

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kami tidak mengetahui "

Al-Baqarah : 216



Jelaskan? Al-Quran dah jelaskan semuanyaa. Hakikatnya Al-Quran tu kalam Allah. Allah sendiri yang cakap ni supaya kita tau apa yang kita kena tahu dalam hidup ni.


Sempena bulan Ramadhan ni, kita ambik peluang ni. Muhasabah diri. Ingat balik apa kita pernah buat dulu, apa yang kita tak pernah buat (ibadah tertinggal) kita dalam third phase of Ramadhan ni, fasa PENGAMPUNAN. Allahu, jangan lepaskan peluang ni guys. Boleh jadi kali ni kali terakhir kita hidup dalam fasa ni :'(

Fi hifzillah


Malu

Lama aku berhenti menulis. Tak tahu nak mula dari mana. Dah stop, terus tak tahu. Nampak macam ada kaitan dengan kehidupan kan ? Bila kita dah stop berkasih sayang dengan Allah swt, kita dah tak tahu mana nak mulakan balik. Bila kita dah lama tinggalkan dia, kita lupa kita sebenarnya peminjam  paling banyak dari Allah. Kita pinjam badan, pinjam umi, pinjam ayah, pinjam duit, pinjam bumi, pinjam kasih sayang manusia, paling penting kita pinjam nyawa dari Dia. Kalau kita pinjam duit daripada manusia, kita malu tak nak pinjam sekali lagi? Malu tak nak mintak tolong selain daripada nak pinjam duit je? Malu kan. (Unless muka taktau malu).

Bila kita selalu minta itu minta ini daripada Allah, tapi kita tak buat apa yang Allah suruh. Allah suruh solat, takmau. Allah suruh tutup aurat lagi takmau. Allah kata, jangan dekati zina kita dekati jugak, Allah kata ikut sunnah Nabi Muhammad saw kita takmau ikut, nak ikut ajaran sendiri. Tak rasa malu ke? Tak rasa malu ke pinjam nyawa daripada Allah tapi tak guna nyawa tu untuk Allah ? Malu kan.


Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”

 (QS. Adz –Dzariyat: 56)


“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): “Beribadalah kepada Allah (saja) dan jauhilah thaghut.”

 (QS. An – Nahl: 36)


"Argh panas lah pakai tudung. Aku tak paham macam mana kau boleh tahan pakai tudung labuh, pakai handsock, stokin lagi"


"Kau tau tak jarak matahari dengan bumi 149,680,000 kilometers ? Tapi kalau aku suruh kau berdiri tengah padang pukul 2 tengah hari panas terik kau sanggup tak?

-"Tak"


"Kau tau tak nanti dekat akhirat jarak matahari dengan kita berapa ?"


-"Tak"


"Sejengkal. Kau rasa waktu tu kau mampu tak tanggung panas macam tu?"


-"Tak."


"Aku pun. Sebab tu aku sanggup pakai macam ni pada jarak 149,680,00 km matahari dari bumi. Sebab aku tak mampu bayangkan betapa panasnya bila matahari dah sejengkal dari aku. Tapi aku nampak kau macam dah immune eh dengan panas? So aku rasa kau takda masalah kot kat akhirat nanti. Betul tak?"


-"Nangis."



Sunday, June 30, 2013

The new chapter of me - End of Chapter 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. May all of you are in Allah swt 's blessing. Instead yes we are. Without Allah's blessing you won't be able to read my blog. Aren't we ?
So actually I want to start my 'new' blog with new writing style. Ya kinda lame haha. Just  got the feelings that I should write in English since I'm already going to university. Why going? Bc I didn't enter any uni yet. Bhahaha geh.


Yargh see I'm straying away from the track. Gah. Typical malaysian girls. Ops sorry haha. To be frank, I just got home from kmm. Kolej matrikulasi melaka. Satisfied ? I know some people are puzzled of whattaheck is kmm. So ya I went to matriculation. Is there any problemo ?

"Oh got straight A's but went to matriculation programme ha ? "

"Oh you didn't do well in your iv eh ? "

 I don't care what other's think/thought/might think or blablabla. The thing is I went there to gain knowledge. The same thing goes to the other people who went to Intec, INTI or Uitm or UIA isn't ? Places are just as medium, the efforts of you getting knowledge is the most important thing to Allah swt. So matriculation students, please don't feel too humble, down , dumb or any other feelings that you're feeling right now. Flush them away! Please.

Actually been in kmm for almost a month teaches me A LOT. A LOT. The real meaning of being independent (we need to wash our clothes by hands), true friends, the ultimate time management, self management, studies management and everything about managing myself.



They're my stupendous classmates! Like I told ya before. Matriculation students aren't dumb, setupid or whatever you might think. Instead I was really impressed with my classmates. Gah. Every single person that you can see in that picture above is brilliant , talented , genius and stupendous ! I was like " omg never thought the learning environment would be as I'm in Intec" haha LOL. They were like so talkative asking and discussing with the lecturers on what they didn't understand on the spot! Ya like zapp zapp zapp haha. You guys are clever...and hardworking as well haha.






Well, that girl besides me in that picture is AinaYusob. Nena for short. She is my super duper bestfriend/bff/kawan karib/sahabat/teman in kmm. We helped each other a lot. That's what a friend shall do right ? She is my lab partner, eat partner, selfie partner, cycling partner, stalking partner (busted), lecturer's consultant partner (we sacrifice our lunch hour to go to the department), solat partner, outing partner and in fact we did everything together! Haha. It's okay nena we're living in the 21st centuries, there's nothing to be worried about. We have facebook twitter whatsapp line viber skype and infinity social media! InshaaAllah Allah swt will preserves our friendship (eventho cyberjaya and melaka is just 2-3 hours). (Am I right? I don't know the approximate distance haha)


Aisyah! My roomate. I mean ONE OF. The other two were an indian named Shankri and a chinese named Tan Geong Eok (I hope I spelled it right). Well done kmm. We are definitely has made YAB Dato' Sri Najib Tun Razak proud of himself. Well done! Bravo!





They're my 'wing' friends. Erkk BTW I was the " Ketua Aras 3 " So those people are the person that (might) has to hear my annoying voice shouting every morning to wake them up for subuh and again shouting at night for Al-Mulk recitation. Gahahaha sorry guys I just love to be annoying hahaha. Nah kidding I don't like to. Thank you for giving your co-operation :') Without those help I might be scolded by our felo.



Err but anyways, I had already quit from kmm. It's not because I'm scared or trembl
ed with matriculation's schedule , exam system or the competition but I got a call from Mara's officer during physics lecture (do i need to describe that LOL) that I got the full scholarship from Mara to Unimy.




Seeing that I'm going to leave. S15P1 made a small farewall party for me :'( How sweet of you, guys. Nena was the mastermind. Thank you so much dear!



Gah agus asked me to pose under that sign (?) Haha. That face. After crying :'(



They were giving speech for me actually. Gahaha that video that I always watch every single day.




The guy w/o kopiah is Agos (weird name isn't? He's a Javanese) my bullies and the other one with the kopiah is Rafiq (anak Dato') haha. NTP NTP woot woot.




Rahman and Adil! They're apple to our class's pie! Hahaha



Dear suzuran I'm sorry I can't stay that long with you guys. But I know you guys can do it! Ganbatte ganbatte! Lots of love from me!

Farewell KMM :'(




Okay if anybody wonders whatthaheck Unimy is, it stands for University Malaysia of Computer Science and Engineering. I'm in FICE programme and inshaaAllah I'm going to take software engineering during my degree. And alhamdulillah Mara is going to sponsor my studies until master/phD level. Alhamdulillah :')

So I think my 'Chapter 1' has ended. Can't wait for my 'Chapter 2' to begin! So long guys. Ma'salamah.


Thursday, May 2, 2013

YTNB's Educamp # 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera salam satu Malaysia! Terima kasih kepada blogspot.com kerana telah memberikan saya peluang keemasan ini untuk menyampaikan satu syarahan yang bertajuk GEH. Okay straight to the stories please!

Ya baru baru ni (baru ke?) aku telah menyertai satu kem pemilihan pelajar tajaan TNB di Integrated Learning Solution di UNITEN. Jadi alhamdulillah I was chosen from idk how many applicants applied for it! HAHA poyo. Participants in this camp is 214 if I am not mistaken. Yang apply beribu kot. So alhamdulillah sebab aku terpilih!

This camp was held on 19 till 21 of April. Kem ni untuk pilih pelajar temuduga. Ha ambek kau kena tonjolkan diri aduii.

Okay pagi tu gerak dalam 7:30! Okay I thought I'd be the last person to register but bila sampai macam hening je tau! Aku ingat macam salah tempat haha sebab budak laki majority okay! Hening dan hambar je pagi tu cehh. So my aunt kena tunggu kejap sebab pihak pengurusan kata tak boleh register lagi pfffft. So tunggu tunggu ada sorang makcik ni tegur kami. Blablabla cakap then kaunter dah bukak!

Untuk laki ada 12 (something)  kaunter meanwhile untuk gegirls ada 1 SAHAJA! Could you imagine berapa kerat ja budak perempuan? Yup aku rasa 15% je daripada peserta tu perempuan cehh.

Tak sempat snap a picture sebab masa tu sibuk dengan sijil apa benda. Tapi kan aku budak perempuan yang first register! Oh auuww hahaha.



Ha dah la nombor 1 A pulak haha okay bajett.

Then pegi masuk dewan. Hmm baru ada 5 orang means kena tunggu semua orang settle register baru boleh start! Oh menyesal pulak daftar awal awal haha geh.

Then borak sat dengan kawan baru,

from left, Hana, Aida, Piqah

Hana from Samura (sains Muar) Aida MRSM mersing Piqah TGB. Tak racist okay. HAHA

Lepas tunggu dia suruh beratur ambek nombor ha.

nombor badan

Itu! Benda alah ni kena pakai setiap hari setiap jam setiap minit setiap saat setiap masa! Alhamdulillah there was no problem occur. Eh wait! Ada! Aku tertinggal dalam toilet ya Allah bapak cuaknya lepas tu lari macam kena kejar anjing pegi ambek balik fuhh. Nasib baik tak hilang kalau hilang mungkin aku kena buang haha.


Lepas dapat nombor timbang berat, tinggi dan ambil gambar bersama nombor masing masing. Macam prisoner I know. *Grin

Then ada test psychometric jugak. Yes no yes no yes no yes no yes no untuk 100 questions. Then ada soalan moral pasal akhlak kita.

Lepas tu ada trip pulak jalan jalan makan angin keliling ILSAS (lah sangat) 


menunggu panel 


aku snap random okay





panas terik nya! Mula mula kata kena main radio rosak sepanjang perjalanan tapi itu hanya omong saja takda pon, kurik kurik ja sebab aku jalan tanpa kawan baru haha. Forever alone disitu. Ada aku kisah (ya kisah)


panel memperkenalkan diri, depan sekali penyelaras program
Lepas semua group dah habis trip masuk bilik lah! Sebab dah nak masuk waktu Zohor, hari Jumaat so budak laki pergi solat Jumaat. 

Pfftt nak sampai bilik tu ada lah dalam 2000 anak tangga. Okay kidding. Tak sampai kot tapi seriously nak patah kaki angkat bag!





dua orang satu bilik okay lah

So activity petang tu grouping activity. First group aku is HOTEL!

Serious group ni paling gempak weh! Tapi sayang takda SATU PUN gambar masa ni even dengan ahli group pon takda. Tak sempat. So sad. Activity ni baaaanyaak suruh lukis.

Demit drawing dengan aku takda keserasian sorry. Aku tak reti lukis! Arh rasa mahu menangis haha geh.

Bila mana budak group aku lukis perh kalah Da Vincci aku hanya ......

Bapak ah lukis kucing pon siap ada sketching macam nak bawak masuk muzium si Izzat.
Hanif pon sama comel je dia lukis
CK lukis doraemon
Fahmi lukis err okay lah haha
Amalina lebih kurang aku je haha
and the rest tak nampak sebab jauh

By the way first group aku and amalina je girls yang lain laki. Okay. HAHA 13 laki 2 perempuan pffftt. Banyak aktivities group kami so fun lah!

Sebab panel kami best sangat! Abg Hamdi sangat sporting lah haha.

Lepas tu main saham ikut negeri,nyanyi lagu tukar nama ahli group,memorizing nombor badan dan nama setiap sorang. Serious group ni je aku tahu nama setiap orang siap nombor badan okay!

Last activity debate on tandas duduk dan tandas cangkung. HAHA what the tapi fun!

Petang tu riadah ikut group sama jugak. Sepatutnya main outdoor tapi hujan, what to do main dalam dewan jelah.

Main raja rakyat. Rakyat tutup mata raja bagi command. Kelakar jugak tapi game ni nak tengok sejauh mana keikhlasan kita. Ha sebab ada panel akan ikut setiap group sepanjang masa. Dia tahu sapa suruh ambek banyak sapa tak.

Untuk siang tu je. Malam? pfftt pukul 5 baru habis! Nak tau tunggu part-II haha gewdik gila main part part.

Okay malam tu tak silap aku main battleship. Group F nama berbelit foxtrot ke apa something like that.

Syukur ada jugak perempuan. 4 termasuk aku yang lain laki.

Then pecah pulak group jadi 4. Satu group sorang perempuan haha.

Game ni serious aku tak pernah main! Aduii battleship yang main serang serang atas kertas. Aku banyak depend Asri, Pipi and Naqib (kot) dalam group aku. Aku just bgtau knot je haha. And yeah kami first group tumpas! HAHAHAHA lawak do game ni.

Kemudian kami diberitahu untuk pegi dewan tepat 11:30. Guess what? Group baru lagi ?! Aaa aku dah tak ingat berapa banyak group aku sebab setiap activity tukar! tapi best lah sebab kenal ramai sikit kan.

So malam tu game explorace treasure hunt ntah gitu lah. Ada 15 checkpoint! Say what! Haha yup. Pukul 1 baru mula. kau expect pukul berapa habis hah!


Group baru nama GOLF pulak haaa. kali ni ada 4 jugak perempuan. Yang aku ingat kan group aku ni Tini,Syera,Syamil,Najib or Naqib haha the rest aku tak ingat. Jap bukan tak ingat tak tau nama! HAHAHA sorry der.

Ya aku hanya ingat beberapa tasks je (ke semua).

Ada pasal tali rafia kena keluarkan diri yang ni FAILED!

Terbangkan sehelai kapas muka from point A to point B. Yang ni SUCCESS

Exhausted lepas penat kipas kapas tu haha


Task ni je aku sempat snap sebab ada masa lebih.


Lagi ada kena bina menara paling tinggi dan paling stabil. Ha masa tengah cerita pasal bangunan tu kami goreng semua haha. Tak sempat nak bincang weh dia bagi berapa minit entah untuk siapkan. Semua bedal. Serious aku tabik groupmates aku ni sebab sorang sorang keluarkan idea bernas sangat! HAHA. Menara condong , syamil kata kami sengaja buat condong. banyak lagi lah diorang ni goreng tapi it does make sense lah.

Lepas tu panel tu ambek gambar dengan menara, nak kasi kat ytn kot entah.


Lagi ada origami, pfftt ni lagi satu. Aku tak reti dan tak ingat! Kapal pun aku ingat ingat lupa ya Allah sampai Tini kena tolong malu banget. Dah la tini sebelah aku so panel tu kata " Aik sama? Oh awak punya boleh masuk air"

HAHA kapal aku tak jadi. Lantak lah.


Then ada kena buat 5000 pieces puzzle. Kak bell kata okay dah.

Then kena conteng muka kawan. Lagi kena jatuhkan telur jangan bagi pecah, lock and unlock barang mekanikal yang aku tak pernah jumpa sepanjang hidup. Kena break code. Asingkan kacang, main sudoku. Ha aku jarang main so tak terror sangat. Wordsearch,maths. Solved cube rubik yang ni semua budak laki settle kan. Ada 4 rasanya. 

Pukul 5 baru habis pfftt. Pukul 6 bangun tapi takpa dah biasa kem jati diri haha. 

So yang ni betul betul kena tunggu part-II kbye Assalamualaikum !

Educamp YTN's Teaser




Wait for the half of the post tonight ^-^ 

*annoying je siap ada teaser segala 

Monday, April 8, 2013

Tenanglah dikau disana mama

Assalamualaikum. Entry ini sangat menyebakkan hati penulis. Pada tanggal 8 April 2013 bersamaan dengan 27 Jamadil Awal 1434 Hijrah hari Isnin hari ini, mama yang paling disayangi semua, guru paling berkaliber, HEA paling bertanggungjawab telah pergi meninggalkan kita buat selama-lama nya. Allahu, mama ini bagaikan ibu kami ketika di asrama. Waktu berlangsungnya SPM, arwah lah yang paling risau tentang kami, paling mengambil berat tentang kesihatan kami, menyediakan segala keperluan peperiksaan kami, memantau keceriaan suasana pembelajaran.

 Allahu, mama jasamu cukup besar, walaupun dikau tidak mempunyai anak namun kami ini sudah dianggap seperti anak-anak bagi arwah. Kami dapat merasakan kasih sayang seorang ibu daripada arwah. Ya Allah, tatkala aku login account fb aku, aku baca post basheer dalam kool kuatagh group




Sungguh aku tidak percaya. Lalu aku buka lagi group batch. Lagi aku jumpa




Aku hampir pitam. Ya Allah sungguh aku tak percaya! Aku sayang mama yat.

Dalam surau memang kalau mama yat datang time solat hajat dan solat dhuha tiap pagi mesti aku solat sebelah dia. Kemudian kami borak kejap, then aku peluk mama yat, minta restu.


Mama juga dah arrange trip untuk pelajar f3 dan f5 yang dapat tpng 3.5 ke Cameron Highland. hmm. Dan saya satu rumah dengan mama. ramai taknak duduk serumah dgn cikgu cikgu tapi kami tak kisah. Rupa-rupanya mama sangat baik, sporting dan tidak seperti budak budak ni cakap. Takut takleh bising ke apa, tapi sebenarnya mama ceria cuma disebabkan tugas mama jadi mama kena bertegas dengan pelajar kan. Hm kenangan satu rumah dengan mama cukup indah untuk dikenang. Terima kasih mama, sebab plan trip tu untuk kami.


Mama yat, besar sungguh pengorbananmu itu. hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas segala budi yang telah mama taburkan buat kami semua di akhirat kelak. Mama lah yang paling marah sekali kalau ranking kami jatuh, bukan apa mama mesti nak kami berjaya kan. Maafkan kami jika selama ini kami tidak dapat menggembirakan hati mama.

Mama terlibat dalam satu kemalangan di Gerik. Arwah ambil cuti sebab balik kampung melawat nenek dia meninggal. Selepas kemalangan, saya dimaklumkan arwah dimasukkan ke hospital Gerik. Jenazah arwah disemadikan di kampungnya, Kedah pada malam ini. Maklumat baru daripada cikgu Farhana, 2 saat lalu. Pukul 10 tadi jenazah mama dah dikebumikan. Lebih menyedihkan, menurut cikgu Farhana lagi, ayah arwah mama yat memang sedang dalam ICU sekarang bersama adik arwah mama. Allahu. Berat sungguh ujian-Mu kepada keluarga arwah. Ya Allah tabahkan keluarga arwah. Hamba yang mendengar juga tidak lepas menitiskan air mata. Sungguh berat ujian-Mu kepada mereka.

Ada yang kata, saya tak dapat menerima pemergian mama. Hm takdir Allah swt, setiap manusia akan pergi. Bukan saya tak dapat terima pemergian mama, tapi saya masih terkejut! rasanya baru je saya cium tangan dia masa ambek results spm atas pentas hari tu, teringat senyuman dia pada saya. Allahu, sebak.


Ya Allah ya Rahim, Engkau tempatkanlah roh guru kesayangan kami, Cik Noor Hayati binti Ahmad ini dalam kalangan mereka yang beriman serta dalam kalangan para solihin.


Mama, tenanglah dikau disana. Setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan.



Saya sayang mama :'(

*mata masuk habuk*

Tuesday, April 2, 2013

The places :')

Assalamualaikum. Halo ola. Eh asal pelik je font ni?? Ah lantaklah kan.

hmm tujuan aku post pepagi buta ni nak share places yang selalu aku pergi or tempat tempat yang membawa seribu kenangan untuk dikenang di maktab (?) Atau ia lebih dikenali sebagai port famous aku la. okay starts from




Port ni dinamakan Anjung Geografi. haa nampak tak dinding biru tu? Tu adalah world map. Meja paling hampir dengan world map tu selalu jugak jadi tempat meeting homeroom. Tapi paling penting tempat ni adalah tempat kami buat perjumpaan eheh. Kalau debate ke kat sinilah. Lepas tu ni tempat makan nasi koboi satu homeroom lepas prep malam, kami telah membuat satu batch jealous. Bluek yelah homeroom kami famous kot sebab kaya raya muahahaah (ayat riak). Tapi tempat ni aku tk suka buat study sebab laluan orang ramai haha rasa jadi tumpuan pulak ceh gehh.




Okay next.




Ya ini dipanggil anjung surau. Ni tempat budak perempuan peod duduk time maghrib, tempat usrah perempuan baca al-Quran every evening lepas prep petang pada bulan Ramadhan. Aaa rindunya :'(

Tempat ni juga sering dijadikan venue meeting badar perempuan.




Itu rak? Takkan tak kenal. rak tu tempat susun ma'thurat dan yasin. Bila maghrib-isyak memang licin lah semua rak dalam surau ni.





Itu mimbar surau. Ahaa ni port favourite aku hari jumaat masa girls sharing's session atau dalam bahasa melayu fardhu ain. Kami kena tukar sebab HEA taknak tengok sebarang ad dalam bahasa melayu dekat green board.

Hm mimbar ni tempat aku masa handle fardhu ain la. Ada aircond beb sebab tu aku suka duduk situ sambil handle laptop haha. Belakang tabir best sebab sejuk then tertidur hee gehh. Tapi bila time aku cakap habis tak terasa aircond (panas) sebab aku membebel je kat bebudak ni muehehe. Bukan membebel tegur je :)


Anjung tepi padang


Hmm anjung ni berada hampir dengan rumah pengetua, HEP dan HEK. Anjung ni berguna pada aku on Saturday and Sunday je. Sebab panas lah dekat sini tapi nasib baik kami dekat dengan pantai angin tu bapaaakk kencangg. jadi disebabkan kekencangan angin tu aku pernah tertidur dekat anjung ni. Hmm lama gila kot aku TERtidur! 2-3 jam? HAHA penat weh study hari ahad, nak nak bio. Sampai satu hari tu HEP lalu dengan motor dia tegur aku muehehe.

" letih papa! "

Haha bajet letih. Tu lah rutin sabtu ahad aku. WAJIB tertidur di mana mana sahaja di luar bilik. Yelah bajet nak study lebih daripada orang padahal keluar bilik tidur jugak kat kelas and anjung and surau pffftt.


Bench tepi kelas 5C


Ya bench ini sangat fames. HAHA tapi aku jarang lepak sini aku lepas kat bench depan tu. Yang depan dustbin hijau tu. Tu tempat lepas 5 minit before tamatnya prep malam ye. Haa masa tu lah nak conclude homework apa nak kena bawak balik bilik haha.




Haa ini dataran depan Dewan Ilmu (DI). Ni tempat kami beratur 5 minit before masuk exam SPM. Kat sini lah check kalkulator, check botol ayaq, check dakwat pen, check ic slip spm check gula gula check semua lah kat sini ha. Dengar amanat terakhir daripada mama yat, cikgu subjek and pengetua. Baca doa ramai ramai.




Ni tempat favourite aku !! Aaa. Bench ni depan koop. So lepas borong koop makan terus kat sini lah. tak kira lah masa prep petang ke masa rehat memang aku akan makan kat sini. haa angin sepoi sepoi sambil menikmati ice lemon tea seasons dengan rocky dan hotdog. Yumm. Best kan sini sebab dia shady, sejuk jee.


Covered walk


Haa ni tempat wajib jejak oleh semua warga maktab haha. mestilah walk ni menggabungkan satu maktab (kot) haha. betul, sampai ke asrama laki covered walk ni. Lorong ni time prep malam lah, pehh sesak weii! Semua nak keluar kelas serentak kan, kebulur supper kat DS tu. Aku memang tk suka sesak ni so aku akan balik dalam pukul 11:30 or pukul 12 kekadang ehee. So terpaksa paksa ALK bukak koop beli makanan sebab DS dah tutup tapi kebulur supper kan.



Hmm so those spots adalah tempat dimana kenangan aku diburaikan (Allah ayat apa ni?)

So babai assalamualaikum. Adios!

Sunday, March 31, 2013

Dr



Aku ingin menjadi seorang doktor. In shaa allah semoga dipermudahkan oleh-Nya.

Thursday, March 28, 2013

Masihku ingat

Alhamdulillah ya Allah.

Masihku ingat betapa peritnya pengorbanan
Masihku ingat betapa lemahnya diri ini menanggung rindu kepada umi
Masihku ingat nasihat ayah
Masihku ingat mengalirnya air mata ini menghadapi ujian-Mu
Masihku ingat betapa pilunya hati ini setiap minggu
Masihku ingat betapa gagal itu sungguh mengecewakan
Masihku ingat nasihat guru yang sebenarnya inginkan kita berjaya
Masihku ingat gugurnya mutiara jernihku di hadapan cikgu

Malu sungguh pada waktu itu.

Bukan mudah. Benarlah kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Doa itu senjata.. Tawakal itu adalah kejayaan. Tiada apa yang mustahil dengan kuasa-Nya.

Buat juniors, jangan pernah berhenti berharap :)

ya allah jangan jadikan pengakhiran kegembiraan ini dengan kekecewaan. Kuatkan semangat ku. Jalan ini masih jauh.

Sungguh jauh. Namun aku yakin kehadiran-Mu memudahkan segalanya.

Riak kah aku?

Astaghfirulahalazim. Riak kah aku? Nauzubillahiminzalik :(

Sungguh niat ku ikhlas, namun syaitan itu tidak kenal letih.

Maafkan aku seandainya selama ini cara aku tidak kena, tidak sesuai. Maaf. I'm trying.

Bukan ingin menunjuk, bahkan aku juga lemah. Allahu. Jauhkan diri ini daripada sifat riak dan takabbur ya Rabb.

Aku cuma ingan berkongsi. Maafkan aku.

Thursday, March 14, 2013

Jom berubah

Assalamualaikum.

Belum terlambat untuk bertaubat wahai teman. Kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka. Kecuali pada hari kiamat. Pintu taubat telah tertutup. Kita sama sama. Kita sama sama berubah ya? Kita sama sama kejar husnul khatimah. Kita sama sama mendekati Allah swt. Tak ada ruginya kawan. Kita sama sama berlari menuju syurga. Sama sama menjadi daie untuk mengajak mereka. Tidak mudah. Kerana semua itu punya dugaan syaitan itu tidak pernah letih. Tidak kenal putus asa dalam menggoda kita. Paksa diri dulu, ikhlas itu pasti datang sendiri.


Ayuh berubah manis sungguh rasanya. Paksa diri dulu, ikhlas itu pasti datang sendiri. Tak paksa , tak berubah.


Teruskan

Teruskan bergerak,hingga kelelahan itu lelah mengekorimu. Teruskanlah berlari sehingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu. Tetaplah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu ♥

Wednesday, March 6, 2013

Goodbye 'social workers'

Assalamualaikum, this blog currently aku privatekan for some privacy concern.

Tuesday, March 5, 2013

Kerinduan alienades

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum !

Aku rindu kelas Amanah. 4A/5A 11/12



Aku rindu Taufiq yang selalu masuk campur cakap aku, patahkan bekas spect aku,budak kecik dalam kelas. Selalu buat aku marah! Buat aku nangis sebab terlampau marah. And gaduh paling lama sebab bekas spect. Gaduh masa trial baik semula seminggu before SPM. Teruk? Tahu. Lepas tu dia senyap dalam kelas sebab takde orang nak gaduh sebab biasa bertikam lidah dengan aku dalam kelas boo topek!

Aku rindu Fahim yang selalu menggedik dalam kelas, menari lagu keling dalam kelas, cerita pasal calon bini dia HAHA, selalu kena baling dengan apa sahaja yang ada atas meja aku time dia buat gedik. Lepas tu bertenggek dekat meja aku sampai aku serabut tanya soalan addmath HAHA. Selalu gila Fahim duduk kat meja aku arh! Selalu bawak lari bantal sandar aku ke hulu hilir sampai semua orang dah pegang bantal tu yuxs.

Aku rindu Nuar yang selalu jugak masuk campur perbualan aku dan ely, yang nangis masa malam spm sebab dah ramai budak RC balik, yang bermotivasi nasihat aku masa nak isi SPC, yang hot tempered, yang pandai berlakon. Yang selalu kacau masa aku study pagi Ahad. Selalu tukang kejut aku study kelas hari Ahad sebab aku selalu nak TAK A NAP lah konon. Tidur khailullah lol.

Aku rindu Hazim yang selalu cakap pasal kawen masa BI, BM Pai dan sepanjang masa, selalu kena hentam dengan cikgu BM selalu ajar aku ADDMATHS. Rindu dia skndal dengan Syak and rindu ada konflik pasal video dinner dengan dia. Sory Hazim! Selalu gak kejut aku TERtidur dalam kelas hari Ahad sebab aku sangat exhausted study hari Ahah heee

Aku rindu Kinah yang selalu baling vaseline kat nuar, selalu gak gaduh dengan aku cakap pasal sesuatu, selalu holmana holmana, nyanyi lagu enchanted time kelas malam addmaths.

Aku rindu Wafa yang selalu kena aim dengan Ustaz Redhuan, selalu buat muka selamber, selalu makan tengahari sama sama,aku selalu menyemak bilik dia dekat blok F, kejar orang dating pukul 11.30 malam pakai kain semayang. And dia yang selalu kena match dengan Syak HAHA.

Aku rindu Farha yang ajar aku Addmaths, yang comel!

Aku rindu Leen mata bulat! Selalu cakap " eee apa syafi ni"

Aku rindu Eli yang SELALU buat aku merajuk! Selalu buat aku geram, tapi selalu tolong aku. roupmate SEMUA SUBJECT di ambang SPM. Teman aku dalam sickbay, teman aku tidur dalam surau masa evening call sebab aku sakit. Jazakillah ely :)

Aku rindu Nana yang selalu potong kuku aku, pakaikan vaseline kat kuku HAHA. Selalu tolong aku balut meja, sentiasa ditepi aku dimana mana sahaja, PSP, DS dan DI. Groupmate masa study group SEMUA SUBJECTS. I LOVE YOU NANA.

Aku rindu Dyan yang selalu pengsan, aku rindu Diyan dan aku masa f4, aku rindu tengom gigi Diyan yang comel! Rindu tengok dia berlakon.

Aku rindu Ifa yang selalu marah aku tanpa sebab selalu gaduh dengan aku masa jadi deskmate for 1 months sebelum SPM. Thanks ifa lepas tukar meja baru aku study HAHA selama ni duduk sebelah Nana and Ely kerja kami, BORAK 24 jam masa prep HOHO.

Rindu Fadzrul yang kena aim dengan cikgu and senyap dalam kelas. Rindu Am yang selalu taknak jawab soalan Addmaths aku argh!

Rindu Ain selalu nyanyi lagu Najwa Latif dalam kelas. Selalu kata " saya gemuk " , geng study group SEMUA SUBJECTS jugak. Kita rapat. Ain, aku, Ely, Nana asyik berkepit masa spm dan before spm.

Rindu Nuha yang gila confident masa bercakap. Yang gila kentang nak jadi LAWYER.




Rindu A'a, faseeha yang selalu dengar masalah aku. Semua rahsia terkandung dalam otak dia huu. Rindu nak ejek dia dengan pirate!

Rindu Nik Mahirah yang selalu takde dalam kelas masa prep and bila nak kena buat kerja atas kertas mahjung semua membebel dekat dia.

Rindu KA, Khairul Aminullah study sama masa prep pagi belajar sejarah dan bio, end up dia belanja aku ice cream dan cadbury dan sneakers di koop. Thanks Amin! Rindu jugak bincang dengan dia pasal BADAR. Rindu nak dapat hadiah birthday dari dia!

Rindu Syak yang SELALU kena ejek dengan aku, SORY SYAK. Aku selalu kenakan dia. Maaf! Selalu GEH dia, tiru gaya GEH and all about GEH. Rindu dia cakap " weh semua tolong dengar jap aku nak cakap boleh " and tak semua tengok dia sebab busy buat homework. Syak President kelas paling bagus and budak laki paling baik pernah aku kenal dalam dunia. Tak pernah marah, tak pernah terasa kuat semangat. Go Syak go! Aku sentiasa sokong mu Syak!

Rindu Fina jerit dalam kelas and " barang sape atas meja aku !!! "
And barang itu ialah barang aku! HAHA sory Fina aku memang careless.




Uhibbukum fillah !

Aurat #1

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum guys!

Petang ni nak share pasal kisah aurat ni HOHO.

Okay pada suatu tengahari yang agak indah, pakcik driver IM datang ambek aku nak pergi belajar. Then masa tu jiran aku pergi sendiri tapi dia gtau aku masa kereta tu dah sampai lol. Tapi nasib baik masa tu ada sorang dah ada dalam kereta.

The pokcik tu kata " Oloh bakpo tk oyak awal awal "

" What's the difference? Dia kena amek jugak kann " my monologue

Then pegilah ambek sorang ni dekat sri aman 1 kot. Budak tu lambat siap then the pakcik membebel and aku ignore je malas nak jawab dia kata apa.

Then keluarlah seorang perempuan umur tua 2 tahun daripada aku pakai baju kurung.

" Bagus gilo pergi litar pakai baju kurung... "

*music CD rosak*

KAIN TERBELAH!!

HAHA ni lagi gilo. Terbelah sampai lutut  woi memang gila ah perempuan tu. Aku just wow!

Then lepas sampai kat litar the driver tu jerit

" Lain kali jangan datang sini pakai kain macam tu! "

Masa tu jarak dia dalam 3 meter membuatkan ramai orang dengar. Haish pakcik ni tegur tu bagus, tapi janganlah jerit! Bukak aib tu. Orang yang tak nampak jadi nampak.

Then perempuan tu jawab sambil jerit jugak " Takda kain tak terbelah ! "

Ambek kau. Jadi disini jelaslah perempuan tu memang tak malu kena tegur. Dan dia boleh gelak aigoo nauzubillah.

Jadi, aurat disini bukan hanya pakai tudung, pakai baju longgar macam baju kurung tu. Tapi kain tu JANGAN TERBELAH BOLEH TAK!

Hmm dia rasa dia HOT STUFF eh pakai kain macam tu? Nak HOT dekat akhirat jugak ke kak?




Sunday, March 3, 2013

Oil and gas #1

Assalamualaikum :)


Someone asked me to post on oil and gas. Memandangkan dulu aku memang GILA KENTANG nak kerja di pelantar minyak, kerja dengan petronas, jadi kaya then pergi kerja dekat German macam abang kuatagh K'95 so semua telah sedia maklum cita-cita aku tu. Even kuatagh masa SPKG 2012 yang handle career talk group aku agak terpampang HAHA overnya aku. Tak ah, masa career talk aku pegi masuk group oil and gas. Okay stop the memories so now proceed dengan persoalan kawan aku tu.

Okay, aku ada baca newspaper hari tu. Dia kata petronas dah jumpa telaga minyak baru huu And fyi, dalam dunia yang fana ni berduyun lagi ada minyak just BELUM DIJUMPAI. Kerja cari lubang minyak kerja Geologist. Haa dia ni kalau dah jumpa SATU TELAGA MINYAK, tak payah kerja 10 keturunan HOHO. Bila dia jumpa dia boleh buat agreement dengan syarikat minyak nak bayar atas demand si geologist yang jumpa ni. Tapi, nak jumpa telaga minyak amatlah sangat SUKAR.

So , takyah ragu-ragu lah nak amek petroleum engineering ke hape yang sabet. BUT. Bagi perempuan SANGAT TIDAK SESUAI kalau nak pergi pelantar minyak wuu aku kena hentam dengan family sebab dengan penuh confident yakni yakin "NAK KERJA KAT PELANTAR MINYAK. K FULLSFTOP"

Masa tu like nothings can change my mind, lantak ah nak naik pelantar from kapal kena swing macam tarzan, and blablabla.

For your information, sesiapa yang ada hati nak kerja dekat pelantar minyak macam aku DULU kena tahu. Nak pergi ke offshore dari kapal kena gayut macam tarzan. And ada kes dah pernah ada orang jatuh and mati sebab tak lepas nak gayut. Innalillah.

Tapi kalau nak kerja yang boss gitu, duduk dalam pejabat ada je. Tapi time nak apply kerja tu, pilih bahagian management macam abang Izzat SPKG ckap tehee. Alah abang Izzat yang tinggi tu mesti semua ingat HAHA.

Besides course Chemical Engineering pon memang sangat bersangkut paut dengan oil and gas ni. Tapinya mereka ni kerja di bahagian Down Stream ( atas darat ) mereka nilah yang akan kaji minyak and uruskan bahagian penapisan and whatever atas darat.

Yang Petroleum engineer ni tak silap aku based on kuatagh cakap yang dia dah kerja dalam bidang tu, sek PE yang akan measure berapa dalam dia nak gali. Kawasan mana dalam lubang minyak tu ada minyak.

Lagi yang kerja dalam bab oil and gas ni Mechanical Engineer. Mereka yang akan gali. Mereka ni yang akan buat proses pengdrillan lubang minyak tu.

Hm lagi apa ya. Tu yang yang aku ingat masa career talk SPKG 2012. Nanti aku topup balik Nuha :)

Monday, February 25, 2013

Rindu

Assalamualaikum. Just wanna share this thing i found in Nuha's blog.




So do I Nuha! I miss those things too :(

Wednesday, February 20, 2013

Penang rush-Independent




Bismillahirrahmanirrahim :D

Ya ASSALAMUALAIKUM teman-teman :D Disini aku mahu share pengalaman menghadapi emergency situation bila kau berada di boarding school di negeri dan daerah yang kau langsung tak ada sedara mara atau sesiapa yang boleh bergantung harap selain Allah swt macam aku. Sebab aku memang takde saudara or sepupu sepapat mak sedara or atuk sedara or sape sape je dekat Kuantan nan indah tu haha. Memang aku survive sendiri je sepanjang belajar sana 2 tahun TAK PERNAH ADA PELAWAT. Sadis tak life aku haha tapi tu bukan alasan kau takleh score exam yeah ! Parents aku datang masa bukak sem and habis sem tu je haha. Dah banyak kali benda emergency berlaku and aku terpaksa ah mintak tolong dengan warden-warden je.

Baik, pada tanggal 22 September 2012 iaitu beberapa hari selepas berlangsungnya TRIAL MARA yang mana resultnya belum diketahui umum lagi umi aku call dalam pukul 6:50 pm yes aku tak pergi evening call sebab terlalu sedih sampai tak boleh bergerak geh. Tapi memang aku tengah sedih sangat, umi aku call masa tu aku memang tengah siap nak keluar. And fortunately, hari tu hari sabtu yang mana tidak ada prep malam. And masa tu aku pakai baju uitm pink-hitam (masih ingat sebab peristiwa ni memang aku takkan lupa)
umi aku call,

" Syafi, along masuk wad. He's suffers from excessive bleeding. Darah keluar dari mulut and hidung banyak and darah cair. Dr suspect leptospirosis." taktau leptospirosis ? kencing tikus okay yang din beramboi punya sakit tu.

And aku masa tu stay calm,

my along with his first car


" Umi serious ? Teruk kah ? Siapa ada dengan dia ? Cikboi ada ke ? " bertubi-tubi aku tanya.

Masa tu abang aku kat penang, bukan belajar disana tapi dia pegi ambil barang apa entah dekat rumah lama dia. So nasib baik ada cikboi (pakcik aku belah perak) ada disana.

Then lepas aku hanged up umi aku, aku duduk diam jap. Duduk atas katil. Masa tu compound aku ada Nina and Tini je yang lain dah beratur kat evening call.

Then 2 minutes later....
Habis lencun baju aku menangis. Then aku keluar pegi surau lah maghrib isyak kan.

Lepas tu aku berdoa and buat solat hajat and buat apa-apa yang aku mampu buat. Memang lencun habis then masa lipat kain semayang Diyan datang bertanya khabar. Masa tu air mata hingus semua dah kering but bila dia tanya, uwaaaa aku nangis sikit jelah.

Then aku pergi ke kelas dengan harapan untuk belajar or call umi aku or apa-apa and bukak fone bawah meja ada text along aku.

beloved along :
Tak sakit, tapi darah lecer..weh..pape jadi kat aku..ingat..aku sayang kat mu tu..

Then apa korang expect aku react dengan text satu-satunya abang aku tu. First aku pusng belakang kelas but then aku takleh kawal emosi kot aku nangis sampai keluar bunyi yang agak kuat menyebabkan semua budak perempuan kelas aku yang asalnya nak study lah pergi koop lah datang kerumun aku. Hmm makin teruklah kondisi aku masa tu. So, bila orang tanya aku..

" Syafi kenapa ??? "

Aku just tunjuk text abang aku tadi dekat diorang dengan tangan ketar. Aku memang tak boleh tahan gila perasaan sedih. Then kakak aku call, dia pon nangis woi makinlah aku takleh kawal emosi menangis luar kelas sehingga telah menarik banyak nyamuk haha sabet.

Then aku duduk dekat luar ditemani Tini, Sakinah, Diyan, Farahin dan Aina Fadhilah. Allah mereka memang kawan aku yang baik. Diorang tak study malam tu sebab nak comfort aku. Ya Allah rahmati mereka di dunia dan di akhirat.

Then umi aku call katanya akan bertolak ke Penang esok. So aku,

" Umi nak gi penang ! " Sambil suara terlekat and nangis lagi

Daripada umi aku yang talk on the phone ayah aku pulak take over fone.

" Kamu tak payah datang. Alah bukannya teruk pun along tu. Kamu kan baru lepas trial, result pon tktahu lagi kan. Stay maktab jelah biar ayah and umi je pergi"

Then aku telah mengeluarkan ayat yang begitu mengharukan kot ayah aku bagi aku pergi. So now nak mintak kebenaran KETUA WARDEN who is cikgu shahmi woii.

Okay aku call dia masa tu malam sabtu and tak prep.

" Cikgu, ni syafiyah bukan BWP (sebab ada 2 syafiyah) "

" Ye kenapa ?"

" Cikgu saya nak mintak balik esok boleh tak sebab abang saya masuk ward suspect kencing tikus and keluar banyak darah and blabla... " sambil menangis

" Betul ke awak ni ? Tak percaya lah saya "

Dalam hati ' allah cikgu '

Makin kuat nangis aku disaaat emosi tidak stabil cikgu tk percaya. So parents aku call ckgu shahmi pulak and dia bagi green light.

So malam tu pencarian warden bermula, nak dijadikan cerita lebih parah. SEMUA WARDEN tidak berada di maktab pada waktu itu. Amek hang !

Cikgu Hafiz di singapore,cikgu shahmi ada diluar and yang lain aku tak ingat. Yang penting aku memang hampir give up sambil nangis of course.

So, aku call ustaz syahmi mengadu yang semua warden tak boleh tolong. So, aku telah mengambil risiko yang amat besar mengikut cadangan ustaz.

So, pagi ahad tu 23 SEPT 2012 pagi pagi aku pergi rumah cikgu Ain, siap berbaju batik, bagpack bawak sehelai dua je kot baju.Memang buku seketul pon takde !

So, pagi tu ckgu hantar aku pergi terminal. Hm terima kasih cikgu ! Tapi ckgu just drop aku depan terminal je.



itulah dia TERMINAL MAKMUR KUANTAN*gambar pakcik google*


Masa tu  parents aku tk sempat bank-in maka aku pinjam duit Tini RM50 kot sebab aku ada dalam RM100 gitu. Spare ditengah jalan kan. So, dengan takde tiket aku hanya perlu berdoa agar adalah tiket on time masa tu. Aku sampai tu, dah la soran weii.Takut toksah kata, and then ada pakcik ni tanya aku nak pergi mana.

" Saya nak pegi penang "


" Oh tanah besar ke pulau ? "


Oh maii aku taktauuu seberang perai kat mana.


" Err seberang perai cik."


" Oh butterworth lah tu. Adik mai pukul 9 ye "


Masa tu dalam  pukul 7 lebih kot. So aku pergi surau sebab penat dah semalam bekejar cari warden.So aku tertidur, nasib aku baik sebab makcik jaga kaunter tu tolong kejut aku


" Dik kaunter dah bukak boleh pergi beli tiket ye "


" Terima kasih cik " Aku sangat menghargai kejutan makcik tu thanks Allah.


Bila beli tu ada bas yang aku tak pernah dengar nama nya. Tapi aku tawakal " in shaa allah sampai penang. "


So, aku tunggu dekat lorong bas tu. Luckily seat aku tu sorang.Fuhh. Okay korang nak tau dak Penang from Kuantan memang jauh ! Tiket pon harga RM60 tak silap aku. Ke RM50 gitu tapi mahal la daripada aku biasa naik.


Then bila sampai butterworth tu bas tak berhenti direct kat terminal. Dia berhenti tepi jalan. Ya Allah cuak nya aku ! Aku bukan biasa tempat ni. But aku ikut je orang yang turun bas tu dan akhirnya jumpa terminal. Alhamdulillah.



 Lepas pakcik aku amek aku kat terminal aku direct pegi hospital. Masa tu tk semayang lg and lapar gila sebab tak berani turun bas masa bas berhenti takut tak jumpa bas. Dah pukul 6 lebih sangat dah. Then lepas semayang surau hospital tu baru naik ward abang aku. Lega dapat jumpa dia, memang pucat lesi muka dia.



hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang


Malam tu balik pukul 11 lebih dengan baju batik lagi haha aku rasa sunggu patriotik. Tapi alhamdulillah abang aku dah sihat sekarang just dia tak boleh travel sangat. Yelah dia tu suka sangat travel bawak kereta sendiri.


Then bila dah daripada penang aku balik rumah sekali dengan parents aku haha, sambil menyelam minum sirap.Then aku balik Kuantan from Kelantan lah. Naik bas malam sorang-sorang. I repeat ALONE.

Aku hampir tertukar bas sebab bas rosak and aku tidur.

Then bila sampai maktab. Semua serbu aku eh. And paling cuak semua
 

" Eh syafi tengok dah pointer ? " yelah kan aku balik tu taktau result. Cuak toksah kata !

Then Nana datang bagitahu pointer. Alhamdulillah AP :)


" Syafi ! pointer kita sama ! " 

" Jangan cakaaaap... "
"3.78 ! "

Then aku terdiam. Alhamdulillah tak expect ! So parents aku macam ada lah berita gembira dia nak dengar lepas dah bersedih tu hee. Alhamdulillah He's the great planner.



#sory masa kejadian-kejadian aku tak amek gambar HOHO tu critical moments. So korang imagine je, 


So, my advice is kita kena berani and kena fikir pantas bila berlaku kecemasan. And kena pandai communicate dengan orang and jaga diri waktu travel ALONE. Pesanan penaja haha