Bismillahirrahmanirrahim :D
Ya ASSALAMUALAIKUM teman-teman :D Disini aku mahu share pengalaman menghadapi emergency situation bila kau berada di boarding school di negeri dan daerah yang kau langsung tak ada sedara mara atau sesiapa yang boleh bergantung harap selain Allah swt macam aku. Sebab aku memang takde saudara or sepupu sepapat mak sedara or atuk sedara or sape sape je dekat Kuantan nan indah tu haha. Memang aku survive sendiri je sepanjang belajar sana 2 tahun TAK PERNAH ADA PELAWAT. Sadis tak life aku haha tapi tu bukan alasan kau takleh score exam yeah ! Parents aku datang masa bukak sem and habis sem tu je haha. Dah banyak kali benda emergency berlaku and aku terpaksa ah mintak tolong dengan warden-warden je.
Baik, pada tanggal 22 September 2012 iaitu beberapa hari selepas berlangsungnya TRIAL MARA yang mana resultnya belum diketahui umum lagi umi aku call dalam pukul 6:50 pm yes aku tak pergi evening call sebab terlalu sedih sampai tak boleh bergerak geh. Tapi memang aku tengah sedih sangat, umi aku call masa tu aku memang tengah siap nak keluar. And fortunately, hari tu hari sabtu yang mana tidak ada prep malam. And masa tu aku pakai baju uitm pink-hitam (masih ingat sebab peristiwa ni memang aku takkan lupa)
umi aku call,
" Syafi, along masuk wad. He's suffers from excessive bleeding. Darah keluar dari mulut and hidung banyak and darah cair. Dr suspect leptospirosis." taktau leptospirosis ? kencing tikus okay yang din beramboi punya sakit tu.
And aku masa tu stay calm,
![]() |
my along with his first car |
" Umi serious ? Teruk kah ? Siapa ada dengan dia ? Cikboi ada ke ? " bertubi-tubi aku tanya.
Masa tu abang aku kat penang, bukan belajar disana tapi dia pegi ambil barang apa entah dekat rumah lama dia. So nasib baik ada cikboi (pakcik aku belah perak) ada disana.
Then lepas aku hanged up umi aku, aku duduk diam jap. Duduk atas katil. Masa tu compound aku ada Nina and Tini je yang lain dah beratur kat evening call.
Then 2 minutes later....
Habis lencun baju aku menangis. Then aku keluar pegi surau lah maghrib isyak kan.
Lepas tu aku berdoa and buat solat hajat and buat apa-apa yang aku mampu buat. Memang lencun habis then masa lipat kain semayang Diyan datang bertanya khabar. Masa tu air mata hingus semua dah kering but bila dia tanya, uwaaaa aku nangis sikit jelah.
Then aku pergi ke kelas dengan harapan untuk belajar or call umi aku or apa-apa and bukak fone bawah meja ada text along aku.
beloved along :
Tak sakit, tapi darah lecer..weh..pape jadi kat aku..ingat..aku sayang kat mu tu..
Then apa korang expect aku react dengan text satu-satunya abang aku tu. First aku pusng belakang kelas but then aku takleh kawal emosi kot aku nangis sampai keluar bunyi yang agak kuat menyebabkan semua budak perempuan kelas aku yang asalnya nak study lah pergi koop lah datang kerumun aku. Hmm makin teruklah kondisi aku masa tu. So, bila orang tanya aku..
" Syafi kenapa ??? "
Aku just tunjuk text abang aku tadi dekat diorang dengan tangan ketar. Aku memang tak boleh tahan gila perasaan sedih. Then kakak aku call, dia pon nangis woi makinlah aku takleh kawal emosi menangis luar kelas sehingga telah menarik banyak nyamuk haha sabet.
Then aku duduk dekat luar ditemani Tini, Sakinah, Diyan, Farahin dan Aina Fadhilah. Allah mereka memang kawan aku yang baik. Diorang tak study malam tu sebab nak comfort aku. Ya Allah rahmati mereka di dunia dan di akhirat.
Then umi aku call katanya akan bertolak ke Penang esok. So aku,
" Umi nak gi penang ! " Sambil suara terlekat and nangis lagi
Daripada umi aku yang talk on the phone ayah aku pulak take over fone.
" Kamu tak payah datang. Alah bukannya teruk pun along tu. Kamu kan baru lepas trial, result pon tktahu lagi kan. Stay maktab jelah biar ayah and umi je pergi"
Then aku telah mengeluarkan ayat yang begitu mengharukan kot ayah aku bagi aku pergi. So now nak mintak kebenaran KETUA WARDEN who is cikgu shahmi woii.
Okay aku call dia masa tu malam sabtu and tak prep.
" Cikgu, ni syafiyah bukan BWP (sebab ada 2 syafiyah) "
" Ye kenapa ?"
" Cikgu saya nak mintak balik esok boleh tak sebab abang saya masuk ward suspect kencing tikus and keluar banyak darah and blabla... " sambil menangis
" Betul ke awak ni ? Tak percaya lah saya "
Dalam hati ' allah cikgu '
Makin kuat nangis aku disaaat emosi tidak stabil cikgu tk percaya. So parents aku call ckgu shahmi pulak and dia bagi green light.
So malam tu pencarian warden bermula, nak dijadikan cerita lebih parah. SEMUA WARDEN tidak berada di maktab pada waktu itu. Amek hang !
Cikgu Hafiz di singapore,cikgu shahmi ada diluar and yang lain aku tak ingat. Yang penting aku memang hampir give up sambil nangis of course.
So, aku call ustaz syahmi mengadu yang semua warden tak boleh tolong. So, aku telah mengambil risiko yang amat besar mengikut cadangan ustaz.
So, pagi ahad tu 23 SEPT 2012 pagi pagi aku pergi rumah cikgu Ain, siap berbaju batik, bagpack bawak sehelai dua je kot baju.Memang buku seketul pon takde !
So, pagi tu ckgu hantar aku pergi terminal. Hm terima kasih cikgu ! Tapi ckgu just drop aku depan terminal je.
![]() |
itulah dia TERMINAL MAKMUR KUANTAN*gambar pakcik google* |
Masa tu parents aku tk sempat bank-in maka aku pinjam duit Tini RM50 kot sebab aku ada dalam RM100 gitu. Spare ditengah jalan kan. So, dengan takde tiket aku hanya perlu berdoa agar adalah tiket on time masa tu. Aku sampai tu, dah la soran weii.Takut toksah kata, and then ada pakcik ni tanya aku nak pergi mana.
" Saya nak pegi penang "
" Oh tanah besar ke pulau ? "
Oh maii aku taktauuu seberang perai kat mana.
" Err seberang perai cik."
" Oh butterworth lah tu. Adik mai pukul 9 ye "
Masa tu dalam pukul 7 lebih kot. So aku pergi surau sebab penat dah semalam bekejar cari warden.So aku tertidur, nasib aku baik sebab makcik jaga kaunter tu tolong kejut aku
" Dik kaunter dah bukak boleh pergi beli tiket ye "
" Terima kasih cik " Aku sangat menghargai kejutan makcik tu thanks Allah.
Bila beli tu ada bas yang aku tak pernah dengar nama nya. Tapi aku tawakal " in shaa allah sampai penang. "
So, aku tunggu dekat lorong bas tu. Luckily seat aku tu sorang.Fuhh. Okay korang nak tau dak Penang from Kuantan memang jauh ! Tiket pon harga RM60 tak silap aku. Ke RM50 gitu tapi mahal la daripada aku biasa naik.
Then bila sampai butterworth tu bas tak berhenti direct kat terminal. Dia berhenti tepi jalan. Ya Allah cuak nya aku ! Aku bukan biasa tempat ni. But aku ikut je orang yang turun bas tu dan akhirnya jumpa terminal. Alhamdulillah.
Lepas pakcik aku amek aku kat terminal aku direct pegi hospital. Masa tu tk semayang lg and lapar gila sebab tak berani turun bas masa bas berhenti takut tak jumpa bas. Dah pukul 6 lebih sangat dah. Then lepas semayang surau hospital tu baru naik ward abang aku. Lega dapat jumpa dia, memang pucat lesi muka dia.
![]() |
hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang |
Malam tu balik pukul 11 lebih dengan baju batik lagi haha aku rasa sunggu patriotik. Tapi alhamdulillah abang aku dah sihat sekarang just dia tak boleh travel sangat. Yelah dia tu suka sangat travel bawak kereta sendiri.
Then bila dah daripada penang aku balik rumah sekali dengan parents aku haha, sambil menyelam minum sirap.Then aku balik Kuantan from Kelantan lah. Naik bas malam sorang-sorang. I repeat ALONE.
Aku hampir tertukar bas sebab bas rosak and aku tidur.
Then bila sampai maktab. Semua serbu aku eh. And paling cuak semua
" Eh syafi tengok dah pointer ? " yelah kan aku balik tu taktau result. Cuak toksah kata !
Then Nana datang bagitahu pointer. Alhamdulillah AP :)
" Syafi ! pointer kita sama ! "
" Jangan cakaaaap... "
"3.78 ! "
Then aku terdiam. Alhamdulillah tak expect ! So parents aku macam ada lah berita gembira dia nak dengar lepas dah bersedih tu hee. Alhamdulillah He's the great planner.
#sory masa kejadian-kejadian aku tak amek gambar HOHO tu critical moments. So korang imagine je,
So, my advice is kita kena berani and kena fikir pantas bila berlaku kecemasan. And kena pandai communicate dengan orang and jaga diri waktu travel ALONE. Pesanan penaja haha
No comments:
Post a Comment
Do comment okay.