Monday, April 8, 2013

Tenanglah dikau disana mama

Assalamualaikum. Entry ini sangat menyebakkan hati penulis. Pada tanggal 8 April 2013 bersamaan dengan 27 Jamadil Awal 1434 Hijrah hari Isnin hari ini, mama yang paling disayangi semua, guru paling berkaliber, HEA paling bertanggungjawab telah pergi meninggalkan kita buat selama-lama nya. Allahu, mama ini bagaikan ibu kami ketika di asrama. Waktu berlangsungnya SPM, arwah lah yang paling risau tentang kami, paling mengambil berat tentang kesihatan kami, menyediakan segala keperluan peperiksaan kami, memantau keceriaan suasana pembelajaran.

 Allahu, mama jasamu cukup besar, walaupun dikau tidak mempunyai anak namun kami ini sudah dianggap seperti anak-anak bagi arwah. Kami dapat merasakan kasih sayang seorang ibu daripada arwah. Ya Allah, tatkala aku login account fb aku, aku baca post basheer dalam kool kuatagh group




Sungguh aku tidak percaya. Lalu aku buka lagi group batch. Lagi aku jumpa




Aku hampir pitam. Ya Allah sungguh aku tak percaya! Aku sayang mama yat.

Dalam surau memang kalau mama yat datang time solat hajat dan solat dhuha tiap pagi mesti aku solat sebelah dia. Kemudian kami borak kejap, then aku peluk mama yat, minta restu.


Mama juga dah arrange trip untuk pelajar f3 dan f5 yang dapat tpng 3.5 ke Cameron Highland. hmm. Dan saya satu rumah dengan mama. ramai taknak duduk serumah dgn cikgu cikgu tapi kami tak kisah. Rupa-rupanya mama sangat baik, sporting dan tidak seperti budak budak ni cakap. Takut takleh bising ke apa, tapi sebenarnya mama ceria cuma disebabkan tugas mama jadi mama kena bertegas dengan pelajar kan. Hm kenangan satu rumah dengan mama cukup indah untuk dikenang. Terima kasih mama, sebab plan trip tu untuk kami.


Mama yat, besar sungguh pengorbananmu itu. hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas segala budi yang telah mama taburkan buat kami semua di akhirat kelak. Mama lah yang paling marah sekali kalau ranking kami jatuh, bukan apa mama mesti nak kami berjaya kan. Maafkan kami jika selama ini kami tidak dapat menggembirakan hati mama.

Mama terlibat dalam satu kemalangan di Gerik. Arwah ambil cuti sebab balik kampung melawat nenek dia meninggal. Selepas kemalangan, saya dimaklumkan arwah dimasukkan ke hospital Gerik. Jenazah arwah disemadikan di kampungnya, Kedah pada malam ini. Maklumat baru daripada cikgu Farhana, 2 saat lalu. Pukul 10 tadi jenazah mama dah dikebumikan. Lebih menyedihkan, menurut cikgu Farhana lagi, ayah arwah mama yat memang sedang dalam ICU sekarang bersama adik arwah mama. Allahu. Berat sungguh ujian-Mu kepada keluarga arwah. Ya Allah tabahkan keluarga arwah. Hamba yang mendengar juga tidak lepas menitiskan air mata. Sungguh berat ujian-Mu kepada mereka.

Ada yang kata, saya tak dapat menerima pemergian mama. Hm takdir Allah swt, setiap manusia akan pergi. Bukan saya tak dapat terima pemergian mama, tapi saya masih terkejut! rasanya baru je saya cium tangan dia masa ambek results spm atas pentas hari tu, teringat senyuman dia pada saya. Allahu, sebak.


Ya Allah ya Rahim, Engkau tempatkanlah roh guru kesayangan kami, Cik Noor Hayati binti Ahmad ini dalam kalangan mereka yang beriman serta dalam kalangan para solihin.


Mama, tenanglah dikau disana. Setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan.



Saya sayang mama :'(

*mata masuk habuk*

12 comments:

  1. masa syahda dapat berita ni, tangan dah terketar. tak percaya. tergamam pun ada. tapi sape kita nak menidakkan takdir Allah. May Allah bless you always, mama. semoga ditempatkan dikalangan orang beriman. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, Allah swt lebih sayangkan mama. kita kalau sayang kena doa banyak banyak kat arwah :( allahu.

      Delete
  2. Replies
    1. in shaa allah. jazakillahu khairan.

      Delete
    2. Mungkin saya tak sempat kenal dengan arwah, tapi saya faham keakraban antara korang tu. Be tough okay. Banyakkan sedekah al fatihah.

      Delete
  3. Arwah mama yat bagaikan mama kami. Arwah tahu perangai kami macam mana.

    ReplyDelete
  4. banyakkan berdoa utk arwah. al-fhatihah. kita jua akan mengikut beliau satu hari nanti dik. :'( don't worry, syafi dh buat beliau bangga dgn syafi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ajal tu datang bila bila masa je, macam mana pengakhiran kita pon kita tak tahu. thanks kak tikah

      Delete
  5. Tabahkan hati. Teruskan perjuangan kamu yang masih lagi bernyawa. In shaa Allah. Beliau tenang di sana. Sama sama doakan yg terbaik untuk dia. Takziah diucapkan syafi. :')

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. kita kena teruskan perjuangan kita nik! buat mama bangga

      Delete

Do comment okay.