Friday, August 2, 2013

Boleh jadi..

Assalamualaikum.


Pernah tak apa yang korang mintak dekat Allah, Allah tak bagi lagi ? Pernah tak tefikir kenapa ? Pernah tak muhasabah diri balik ? Pernah tak?


 Allah dengar doa kita, tapi kenapa Allah tak tunaikan sekarang ? Cuba lihat diri kita balik. Tak perlu ambik cermin, reflect diri pakai hati dan iman. Bila kita request sesuatu dengan Allah, apa yang kita usaha towards niat tu? Atas niat apa korang mintak semua tu daripada Allah swt.

Ikhlas ke tidak meminta?

Allah tak jawab lagi bukan sebab Dia tak sayang kita. Tapi Dia nak tengok sejauh mana sayang kita dekat Dia. Sejauh mana kita masih berdoa, solat, berzikir pada-Nya even though Dia tak izinkan perkara yang kita mintak tu terjadi lagi. Cuba tanya diri, kalau Allah bagi apa yang kita nak tu, adakah kita masih istiqamah berusaha macam before kita dapat apa yang kita mintak tu? Adakah kita masih buat solat hajat, doa siang malam pagi petang,puasa sunat, bangun qiamullail lagi?


Kita ambil contoh paaaalinggg simple. SPM. Waktu dekat sekolah, cikgu suruh solat hajat, solat dhuha tiap tiap pagi. Kita buat. Kita pasang hajat nak dapat results 9A+/10A+ spm. Kita bangun qiamullail buat solat hajat. solat sunat tahajjud berzikir dan sebagainya. Bila lagi sebulan nak spm makin kuat kita beribadat dekat Allah kan? Alhamdulillah seronok jugak nengok students macam ni.


But then, lepas dah habis spm. Bila tengah tunggu results spm, kita masih buat lagi tak semua tu? Kita masih solat dhuha, solat hajat, qiamullail lagi ke ? Cuba tanya iman kejap. Kita buat semua tu sebab spm atau sebab Allah ? Kita solat banyak banyak doa banyak banyak sebab apa ? Agak agak betul tak apa niat kita sebelum ni? Kalau betul ikhlas syukur alhamdulillah :)

Tapi, kalau lepas spm kita dah start lagha, couple sana couple sini berkepit sana berkepit sini. Sahkan solat dhuha, solat hajat, solat fardhu pun tertunggang-langgang. Waktu solat terbabas sana sini. Handsocks dah melayang masuk bakul sampah, stoking apatah lagi, dah tak tau macam mana nak sarung stoking gamak nya.
Cuba tanya diri kita balik. Cuba tanya sekejap. Kita beribadat sebab hajat kita, atau beribadat untuk Allah atau sebab apa?

Sebab tu saya cakapkan tadi, bila Allah tak tunaikan lagi hajat kita. Ada sesuatu tentang kita yang kita sendiri tak pasti sama ada niat kita ikhlas atau tidak. Kan? So bila Allah tak tunaikan lagi hajat kita, betulkan niat dulu. Bukan niat nak dapat benda je, niat hidup. Hidup biar bermatlamat, biar tak senget dari laluan Allah.

Jadi bila Allah tak tunaikan hajat kita, Al-Quran jawab,

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kami tidak mengetahui "

Al-Baqarah : 216



Jelaskan? Al-Quran dah jelaskan semuanyaa. Hakikatnya Al-Quran tu kalam Allah. Allah sendiri yang cakap ni supaya kita tau apa yang kita kena tahu dalam hidup ni.


Sempena bulan Ramadhan ni, kita ambik peluang ni. Muhasabah diri. Ingat balik apa kita pernah buat dulu, apa yang kita tak pernah buat (ibadah tertinggal) kita dalam third phase of Ramadhan ni, fasa PENGAMPUNAN. Allahu, jangan lepaskan peluang ni guys. Boleh jadi kali ni kali terakhir kita hidup dalam fasa ni :'(

Fi hifzillah


No comments:

Post a Comment

Do comment okay.