Tuesday, March 5, 2013

Kerinduan alienades

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum !

Aku rindu kelas Amanah. 4A/5A 11/12



Aku rindu Taufiq yang selalu masuk campur cakap aku, patahkan bekas spect aku,budak kecik dalam kelas. Selalu buat aku marah! Buat aku nangis sebab terlampau marah. And gaduh paling lama sebab bekas spect. Gaduh masa trial baik semula seminggu before SPM. Teruk? Tahu. Lepas tu dia senyap dalam kelas sebab takde orang nak gaduh sebab biasa bertikam lidah dengan aku dalam kelas boo topek!

Aku rindu Fahim yang selalu menggedik dalam kelas, menari lagu keling dalam kelas, cerita pasal calon bini dia HAHA, selalu kena baling dengan apa sahaja yang ada atas meja aku time dia buat gedik. Lepas tu bertenggek dekat meja aku sampai aku serabut tanya soalan addmath HAHA. Selalu gila Fahim duduk kat meja aku arh! Selalu bawak lari bantal sandar aku ke hulu hilir sampai semua orang dah pegang bantal tu yuxs.

Aku rindu Nuar yang selalu jugak masuk campur perbualan aku dan ely, yang nangis masa malam spm sebab dah ramai budak RC balik, yang bermotivasi nasihat aku masa nak isi SPC, yang hot tempered, yang pandai berlakon. Yang selalu kacau masa aku study pagi Ahad. Selalu tukang kejut aku study kelas hari Ahad sebab aku selalu nak TAK A NAP lah konon. Tidur khailullah lol.

Aku rindu Hazim yang selalu cakap pasal kawen masa BI, BM Pai dan sepanjang masa, selalu kena hentam dengan cikgu BM selalu ajar aku ADDMATHS. Rindu dia skndal dengan Syak and rindu ada konflik pasal video dinner dengan dia. Sory Hazim! Selalu gak kejut aku TERtidur dalam kelas hari Ahad sebab aku sangat exhausted study hari Ahah heee

Aku rindu Kinah yang selalu baling vaseline kat nuar, selalu gak gaduh dengan aku cakap pasal sesuatu, selalu holmana holmana, nyanyi lagu enchanted time kelas malam addmaths.

Aku rindu Wafa yang selalu kena aim dengan Ustaz Redhuan, selalu buat muka selamber, selalu makan tengahari sama sama,aku selalu menyemak bilik dia dekat blok F, kejar orang dating pukul 11.30 malam pakai kain semayang. And dia yang selalu kena match dengan Syak HAHA.

Aku rindu Farha yang ajar aku Addmaths, yang comel!

Aku rindu Leen mata bulat! Selalu cakap " eee apa syafi ni"

Aku rindu Eli yang SELALU buat aku merajuk! Selalu buat aku geram, tapi selalu tolong aku. roupmate SEMUA SUBJECT di ambang SPM. Teman aku dalam sickbay, teman aku tidur dalam surau masa evening call sebab aku sakit. Jazakillah ely :)

Aku rindu Nana yang selalu potong kuku aku, pakaikan vaseline kat kuku HAHA. Selalu tolong aku balut meja, sentiasa ditepi aku dimana mana sahaja, PSP, DS dan DI. Groupmate masa study group SEMUA SUBJECTS. I LOVE YOU NANA.

Aku rindu Dyan yang selalu pengsan, aku rindu Diyan dan aku masa f4, aku rindu tengom gigi Diyan yang comel! Rindu tengok dia berlakon.

Aku rindu Ifa yang selalu marah aku tanpa sebab selalu gaduh dengan aku masa jadi deskmate for 1 months sebelum SPM. Thanks ifa lepas tukar meja baru aku study HAHA selama ni duduk sebelah Nana and Ely kerja kami, BORAK 24 jam masa prep HOHO.

Rindu Fadzrul yang kena aim dengan cikgu and senyap dalam kelas. Rindu Am yang selalu taknak jawab soalan Addmaths aku argh!

Rindu Ain selalu nyanyi lagu Najwa Latif dalam kelas. Selalu kata " saya gemuk " , geng study group SEMUA SUBJECTS jugak. Kita rapat. Ain, aku, Ely, Nana asyik berkepit masa spm dan before spm.

Rindu Nuha yang gila confident masa bercakap. Yang gila kentang nak jadi LAWYER.




Rindu A'a, faseeha yang selalu dengar masalah aku. Semua rahsia terkandung dalam otak dia huu. Rindu nak ejek dia dengan pirate!

Rindu Nik Mahirah yang selalu takde dalam kelas masa prep and bila nak kena buat kerja atas kertas mahjung semua membebel dekat dia.

Rindu KA, Khairul Aminullah study sama masa prep pagi belajar sejarah dan bio, end up dia belanja aku ice cream dan cadbury dan sneakers di koop. Thanks Amin! Rindu jugak bincang dengan dia pasal BADAR. Rindu nak dapat hadiah birthday dari dia!

Rindu Syak yang SELALU kena ejek dengan aku, SORY SYAK. Aku selalu kenakan dia. Maaf! Selalu GEH dia, tiru gaya GEH and all about GEH. Rindu dia cakap " weh semua tolong dengar jap aku nak cakap boleh " and tak semua tengok dia sebab busy buat homework. Syak President kelas paling bagus and budak laki paling baik pernah aku kenal dalam dunia. Tak pernah marah, tak pernah terasa kuat semangat. Go Syak go! Aku sentiasa sokong mu Syak!

Rindu Fina jerit dalam kelas and " barang sape atas meja aku !!! "
And barang itu ialah barang aku! HAHA sory Fina aku memang careless.




Uhibbukum fillah !

No comments:

Post a Comment

Do comment okay.