hmm tujuan aku post pepagi buta ni nak share places yang selalu aku pergi or tempat tempat yang membawa seribu kenangan untuk dikenang di maktab (?) Atau ia lebih dikenali sebagai port famous aku la. okay starts from
Port ni dinamakan Anjung Geografi. haa nampak tak dinding biru tu? Tu adalah world map. Meja paling hampir dengan world map tu selalu jugak jadi tempat meeting homeroom. Tapi paling penting tempat ni adalah tempat kami buat perjumpaan eheh. Kalau debate ke kat sinilah. Lepas tu ni tempat makan nasi koboi satu homeroom lepas prep malam, kami telah membuat satu batch jealous. Bluek yelah homeroom kami famous kot sebab kaya raya muahahaah (ayat riak). Tapi tempat ni aku tk suka buat study sebab laluan orang ramai haha rasa jadi tumpuan pulak ceh gehh.
Okay next.
Ya ini dipanggil anjung surau. Ni tempat budak perempuan peod duduk time maghrib, tempat usrah perempuan baca al-Quran every evening lepas prep petang pada bulan Ramadhan. Aaa rindunya :'(
Tempat ni juga sering dijadikan venue meeting badar perempuan.
Itu rak? Takkan tak kenal. rak tu tempat susun ma'thurat dan yasin. Bila maghrib-isyak memang licin lah semua rak dalam surau ni.
Itu mimbar surau. Ahaa ni port favourite aku hari jumaat masa girls sharing's session atau dalam bahasa melayu fardhu ain. Kami kena tukar sebab HEA taknak tengok sebarang ad dalam bahasa melayu dekat green board.
Hm mimbar ni tempat aku masa handle fardhu ain la. Ada aircond beb sebab tu aku suka duduk situ sambil handle laptop haha. Belakang tabir best sebab sejuk then tertidur hee gehh. Tapi bila time aku cakap habis tak terasa aircond (panas) sebab aku membebel je kat bebudak ni muehehe. Bukan membebel tegur je :)
Anjung tepi padang |
Hmm anjung ni berada hampir dengan rumah pengetua, HEP dan HEK. Anjung ni berguna pada aku on Saturday and Sunday je. Sebab panas lah dekat sini tapi nasib baik kami dekat dengan pantai angin tu bapaaakk kencangg. jadi disebabkan kekencangan angin tu aku pernah tertidur dekat anjung ni. Hmm lama gila kot aku TERtidur! 2-3 jam? HAHA penat weh study hari ahad, nak nak bio. Sampai satu hari tu HEP lalu dengan motor dia tegur aku muehehe.
" letih papa! "
Haha bajet letih. Tu lah rutin sabtu ahad aku. WAJIB tertidur di mana mana sahaja di luar bilik. Yelah bajet nak study lebih daripada orang padahal keluar bilik tidur jugak kat kelas and anjung and surau pffftt.
Bench tepi kelas 5C |
Ya bench ini sangat fames. HAHA tapi aku jarang lepak sini aku lepas kat bench depan tu. Yang depan dustbin hijau tu. Tu tempat lepas 5 minit before tamatnya prep malam ye. Haa masa tu lah nak conclude homework apa nak kena bawak balik bilik haha.
Haa ini dataran depan Dewan Ilmu (DI). Ni tempat kami beratur 5 minit before masuk exam SPM. Kat sini lah check kalkulator, check botol ayaq, check dakwat pen, check ic slip spm check gula gula check semua lah kat sini ha. Dengar amanat terakhir daripada mama yat, cikgu subjek and pengetua. Baca doa ramai ramai.
Ni tempat favourite aku !! Aaa. Bench ni depan koop. So lepas borong koop makan terus kat sini lah. tak kira lah masa prep petang ke masa rehat memang aku akan makan kat sini. haa angin sepoi sepoi sambil menikmati ice lemon tea seasons dengan rocky dan hotdog. Yumm. Best kan sini sebab dia shady, sejuk jee.
Covered walk |
Hmm so those spots adalah tempat dimana kenangan aku diburaikan (Allah ayat apa ni?)
So babai assalamualaikum. Adios!
No comments:
Post a Comment
Do comment okay.