Tuesday, February 19, 2013

Nawaitu : Ikhlas ke tidak ?


Memang. Sungguh amat lama aku tidak post something. Daa bukan ada orang baca pon haha. Okay, so pada subuh ni nak cerita sedikit mengenai nawaitu. Haa, nawaitu, sauma ghadin an adai fardhi ramadhana hazihi sanatilillahitaala. Bukan bukan niat puasa ya, tetapi niat beribadah ^_^

Niat apa yang paling penting wahai ali baba ? Niat apa spongebob ? Niat mesti IKHLAS. Okay, bak kata orang biarlah amal kita tu ibarat  semut hitam kecil atas batu hitam pada waktu malam. Niat ikhlas ni, macam mana eh nak cerita. Okay camni. 
Contoh kau pergi pasar. Then masa kau tengah syok beli ikan tu ada budak kecik pakai lusuh maybe homeless or something  datang dekat tangan kau. Kau jeling keliling " Ramai orang, mesti diorang nampak aku baik nanti "
  
 Maka kau pon cakap sambil jerit agar ada orang dengar, " ala adik kesiannya lapar ya ? jom kakak bawak awak pergi makan KFC :) " 


Ha maka itu adalah TIDAK IKHLAS. Hm maybe tu kadang-kadang so let's see what's happens in our daily routine.

" Hmm, nak update status baik-baik lah, mesti dapat likes banyak niii ^_^ "

Maka kau pun tulis lah beratus status berunsur keagamaan di fb mahupun twitter kau dan mendapat sejuta likes. Waa mesti muka kau excited macam menang sejuta ringgit moneydrop kan ? 

Memang lah kau dah sebar kebaikan, but sebab niat kau tak ikhlas dan mengharapkan likes semata-mata maka dikhuatiri tidak mendapat sebarang manfaat kepada diri kau sendiri. Got it ? Tak ? 

Okay, aku memang seronok dua tiga empat ronok bila tengok kawan berubah. Sangat gumbira. Yelah dulu dia fames sebab banyak buat hal dan juga masalah couple dia sangatlah hardcore. And now dia berubah alhamdulillah. Namun. Ya ada NAMUN. Perubahan itu hendaklah ikhlas wahai saudara saudari sekalian alam. Kalau kau berubah semata-mata ingin mendapat perhatian mahupun likes (lagi) daripada facebook mahupun pencicit maka memanglah sia-sia. Kerana setelah aku membuka news feed di fb, hengkau telah banyak post benda yang aku rasa that was so much better to keep it personal yang public tidak perlu mengetahuinya cukuplah hengkau dan Allah Maha Berkuasa saja yang tahu kerna post kau tu boleh menyebabkan hengkau berubah tidak ikhlas. 

Hadits Nabi SAW :

عَنْ عُمَرَ بْنِ اْلخَطَّابِ رض. قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ ص يَقُوْلُ: اِنَّمَا اْلاَعْمَالُ بِالنّيَّاتِ وَ اِنَّمَا لِكُلّ امْرِئٍ مَّا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ اِلَى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ اِلىَ اللهِ وَ رَسُوْلِهِ. وَ مَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ اِلىَ دُنْيَا يُصِيْبُهَا اَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ اِلىَ مَا هَاجَرَ اِلَيْهَا. البخارى و مـسلم
Dari Umar bin Khaththab RA, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sah atau tidaknya suatu amal tergantung pada niat. Dan sesungguhnya setiap orang akan diberi balasan menurut niatnya. Dan barangsiapa yang berhijrah karena thaat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan diberi balasan hijrahnya karena thaat kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah karena menginginkan keuntungan dunia yang akan didapatnya atau karena menginginkan wanita yang dia akan mengawininya, maka hijrahnya itu akan diberi balasan menurut niatnya dia berhijrah itu”. [HR. Bukhari dan Muslim]
 See makanya ada hadis mengenainya.


عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رض قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص : اِنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ اِلىَ اَجْسَامِكُمْ وَلاَ اِلىَ صُوَرِكُمْ وَ لٰكِنْ يَنْظُرُ اِلىَ قُلُوْبِكُمْ. مسلم
Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu”. [HR. Muslim]
Ya, jika hengkau 10 bintang dalam menutup aurat tapi jika tidak ikhlas bagaimana ya saudari ?
Aku bukanlah prefect mahupun perfect TAPI aku hanya nak nasihat. Ya aku tahu aku juga banyak dosa but we're working towards it ! Makanya ikhlas ini benda paling susaaaaaaaaah nak capai.

IKHLAS.

Amal Yang Ikhlas
Amal yang didasarkan di atas niat yang baik dan ikhlas akan diterima Allah Subhanahuwata’ala dan diberikan ganjaran. Imam Nawawi dalam keterangannya mengenai amal yang disertai niat yang baik, telah berkata: Bahawa amal ada tiga bahagian, iaitu:

1. Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadah hamba.

2. Amal yang dikerjakan kerana mengharapkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadah saudagar.

3. Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah. Juga dilaksanakan kerana hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadah orang yang merdeka.

Inilah rupa amal ibadah yang dimaksudkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sewaktu menjawab sungutan Aisyah Radhiallahu ‘anha yang berkata, “Mengapakah Rasulullah bersusah payah berdiri sembahyang waktu malam hingga bengkak-bengkak kedua-dua belah kakinya? Padahal Allah telah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang?”. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjawab,

“Tidakkah patutkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”.
Kesimpulannya, amal yang ikhlas ialah amal yang diniatkan kerana Allah Subhanahuwata’ala dan tidak kerana yang lainnya. Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lalu berkata:
“Ya Rasulullah! Ada seoranng lelaki yang bersedekah dan dia suka supaya dipuji dan diberikan pahala kepadanya”. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam tidak dapat menjawab apa-apa sehinggalah diturunkan ayat ini:
“Maka barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal yang soleh. Dan janganlah dia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.”



Makanya wahai teman (asal macam INDON ? ) buat apa pun mesti IKHLAS ! Tak kira lah kau makan ke, kau pergi dengar ceramah UAI ke, kau sembahyang, kau puasa, kau tutup aurat semuanya kena ikhlas. Okay ? Ma'salamah wahai rakan :)

No comments:

Post a Comment

Do comment okay.