Monday, February 25, 2013

Rindu

Assalamualaikum. Just wanna share this thing i found in Nuha's blog.




So do I Nuha! I miss those things too :(

Wednesday, February 20, 2013

Penang rush-Independent




Bismillahirrahmanirrahim :D

Ya ASSALAMUALAIKUM teman-teman :D Disini aku mahu share pengalaman menghadapi emergency situation bila kau berada di boarding school di negeri dan daerah yang kau langsung tak ada sedara mara atau sesiapa yang boleh bergantung harap selain Allah swt macam aku. Sebab aku memang takde saudara or sepupu sepapat mak sedara or atuk sedara or sape sape je dekat Kuantan nan indah tu haha. Memang aku survive sendiri je sepanjang belajar sana 2 tahun TAK PERNAH ADA PELAWAT. Sadis tak life aku haha tapi tu bukan alasan kau takleh score exam yeah ! Parents aku datang masa bukak sem and habis sem tu je haha. Dah banyak kali benda emergency berlaku and aku terpaksa ah mintak tolong dengan warden-warden je.

Baik, pada tanggal 22 September 2012 iaitu beberapa hari selepas berlangsungnya TRIAL MARA yang mana resultnya belum diketahui umum lagi umi aku call dalam pukul 6:50 pm yes aku tak pergi evening call sebab terlalu sedih sampai tak boleh bergerak geh. Tapi memang aku tengah sedih sangat, umi aku call masa tu aku memang tengah siap nak keluar. And fortunately, hari tu hari sabtu yang mana tidak ada prep malam. And masa tu aku pakai baju uitm pink-hitam (masih ingat sebab peristiwa ni memang aku takkan lupa)
umi aku call,

" Syafi, along masuk wad. He's suffers from excessive bleeding. Darah keluar dari mulut and hidung banyak and darah cair. Dr suspect leptospirosis." taktau leptospirosis ? kencing tikus okay yang din beramboi punya sakit tu.

And aku masa tu stay calm,

my along with his first car


" Umi serious ? Teruk kah ? Siapa ada dengan dia ? Cikboi ada ke ? " bertubi-tubi aku tanya.

Masa tu abang aku kat penang, bukan belajar disana tapi dia pegi ambil barang apa entah dekat rumah lama dia. So nasib baik ada cikboi (pakcik aku belah perak) ada disana.

Then lepas aku hanged up umi aku, aku duduk diam jap. Duduk atas katil. Masa tu compound aku ada Nina and Tini je yang lain dah beratur kat evening call.

Then 2 minutes later....
Habis lencun baju aku menangis. Then aku keluar pegi surau lah maghrib isyak kan.

Lepas tu aku berdoa and buat solat hajat and buat apa-apa yang aku mampu buat. Memang lencun habis then masa lipat kain semayang Diyan datang bertanya khabar. Masa tu air mata hingus semua dah kering but bila dia tanya, uwaaaa aku nangis sikit jelah.

Then aku pergi ke kelas dengan harapan untuk belajar or call umi aku or apa-apa and bukak fone bawah meja ada text along aku.

beloved along :
Tak sakit, tapi darah lecer..weh..pape jadi kat aku..ingat..aku sayang kat mu tu..

Then apa korang expect aku react dengan text satu-satunya abang aku tu. First aku pusng belakang kelas but then aku takleh kawal emosi kot aku nangis sampai keluar bunyi yang agak kuat menyebabkan semua budak perempuan kelas aku yang asalnya nak study lah pergi koop lah datang kerumun aku. Hmm makin teruklah kondisi aku masa tu. So, bila orang tanya aku..

" Syafi kenapa ??? "

Aku just tunjuk text abang aku tadi dekat diorang dengan tangan ketar. Aku memang tak boleh tahan gila perasaan sedih. Then kakak aku call, dia pon nangis woi makinlah aku takleh kawal emosi menangis luar kelas sehingga telah menarik banyak nyamuk haha sabet.

Then aku duduk dekat luar ditemani Tini, Sakinah, Diyan, Farahin dan Aina Fadhilah. Allah mereka memang kawan aku yang baik. Diorang tak study malam tu sebab nak comfort aku. Ya Allah rahmati mereka di dunia dan di akhirat.

Then umi aku call katanya akan bertolak ke Penang esok. So aku,

" Umi nak gi penang ! " Sambil suara terlekat and nangis lagi

Daripada umi aku yang talk on the phone ayah aku pulak take over fone.

" Kamu tak payah datang. Alah bukannya teruk pun along tu. Kamu kan baru lepas trial, result pon tktahu lagi kan. Stay maktab jelah biar ayah and umi je pergi"

Then aku telah mengeluarkan ayat yang begitu mengharukan kot ayah aku bagi aku pergi. So now nak mintak kebenaran KETUA WARDEN who is cikgu shahmi woii.

Okay aku call dia masa tu malam sabtu and tak prep.

" Cikgu, ni syafiyah bukan BWP (sebab ada 2 syafiyah) "

" Ye kenapa ?"

" Cikgu saya nak mintak balik esok boleh tak sebab abang saya masuk ward suspect kencing tikus and keluar banyak darah and blabla... " sambil menangis

" Betul ke awak ni ? Tak percaya lah saya "

Dalam hati ' allah cikgu '

Makin kuat nangis aku disaaat emosi tidak stabil cikgu tk percaya. So parents aku call ckgu shahmi pulak and dia bagi green light.

So malam tu pencarian warden bermula, nak dijadikan cerita lebih parah. SEMUA WARDEN tidak berada di maktab pada waktu itu. Amek hang !

Cikgu Hafiz di singapore,cikgu shahmi ada diluar and yang lain aku tak ingat. Yang penting aku memang hampir give up sambil nangis of course.

So, aku call ustaz syahmi mengadu yang semua warden tak boleh tolong. So, aku telah mengambil risiko yang amat besar mengikut cadangan ustaz.

So, pagi ahad tu 23 SEPT 2012 pagi pagi aku pergi rumah cikgu Ain, siap berbaju batik, bagpack bawak sehelai dua je kot baju.Memang buku seketul pon takde !

So, pagi tu ckgu hantar aku pergi terminal. Hm terima kasih cikgu ! Tapi ckgu just drop aku depan terminal je.



itulah dia TERMINAL MAKMUR KUANTAN*gambar pakcik google*


Masa tu  parents aku tk sempat bank-in maka aku pinjam duit Tini RM50 kot sebab aku ada dalam RM100 gitu. Spare ditengah jalan kan. So, dengan takde tiket aku hanya perlu berdoa agar adalah tiket on time masa tu. Aku sampai tu, dah la soran weii.Takut toksah kata, and then ada pakcik ni tanya aku nak pergi mana.

" Saya nak pegi penang "


" Oh tanah besar ke pulau ? "


Oh maii aku taktauuu seberang perai kat mana.


" Err seberang perai cik."


" Oh butterworth lah tu. Adik mai pukul 9 ye "


Masa tu dalam  pukul 7 lebih kot. So aku pergi surau sebab penat dah semalam bekejar cari warden.So aku tertidur, nasib aku baik sebab makcik jaga kaunter tu tolong kejut aku


" Dik kaunter dah bukak boleh pergi beli tiket ye "


" Terima kasih cik " Aku sangat menghargai kejutan makcik tu thanks Allah.


Bila beli tu ada bas yang aku tak pernah dengar nama nya. Tapi aku tawakal " in shaa allah sampai penang. "


So, aku tunggu dekat lorong bas tu. Luckily seat aku tu sorang.Fuhh. Okay korang nak tau dak Penang from Kuantan memang jauh ! Tiket pon harga RM60 tak silap aku. Ke RM50 gitu tapi mahal la daripada aku biasa naik.


Then bila sampai butterworth tu bas tak berhenti direct kat terminal. Dia berhenti tepi jalan. Ya Allah cuak nya aku ! Aku bukan biasa tempat ni. But aku ikut je orang yang turun bas tu dan akhirnya jumpa terminal. Alhamdulillah.



 Lepas pakcik aku amek aku kat terminal aku direct pegi hospital. Masa tu tk semayang lg and lapar gila sebab tak berani turun bas masa bas berhenti takut tak jumpa bas. Dah pukul 6 lebih sangat dah. Then lepas semayang surau hospital tu baru naik ward abang aku. Lega dapat jumpa dia, memang pucat lesi muka dia.



hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang


Malam tu balik pukul 11 lebih dengan baju batik lagi haha aku rasa sunggu patriotik. Tapi alhamdulillah abang aku dah sihat sekarang just dia tak boleh travel sangat. Yelah dia tu suka sangat travel bawak kereta sendiri.


Then bila dah daripada penang aku balik rumah sekali dengan parents aku haha, sambil menyelam minum sirap.Then aku balik Kuantan from Kelantan lah. Naik bas malam sorang-sorang. I repeat ALONE.

Aku hampir tertukar bas sebab bas rosak and aku tidur.

Then bila sampai maktab. Semua serbu aku eh. And paling cuak semua
 

" Eh syafi tengok dah pointer ? " yelah kan aku balik tu taktau result. Cuak toksah kata !

Then Nana datang bagitahu pointer. Alhamdulillah AP :)


" Syafi ! pointer kita sama ! " 

" Jangan cakaaaap... "
"3.78 ! "

Then aku terdiam. Alhamdulillah tak expect ! So parents aku macam ada lah berita gembira dia nak dengar lepas dah bersedih tu hee. Alhamdulillah He's the great planner.



#sory masa kejadian-kejadian aku tak amek gambar HOHO tu critical moments. So korang imagine je, 


So, my advice is kita kena berani and kena fikir pantas bila berlaku kecemasan. And kena pandai communicate dengan orang and jaga diri waktu travel ALONE. Pesanan penaja haha 


Tuesday, February 19, 2013

Manusia

Ya manusia. Aku manusia kau manusia. Kita sama dihitung. Maka apa yang membezakan kita wahai manusia ? Ketaqwaan :) Maka nikmat Allah yang mana lagikah yang kamu dustakan ? Ayuh teman ! Berubahla, aku juga. Moga iman dikuatkan lagi. Ma'salamah.


Nawaitu : Ikhlas ke tidak ?


Memang. Sungguh amat lama aku tidak post something. Daa bukan ada orang baca pon haha. Okay, so pada subuh ni nak cerita sedikit mengenai nawaitu. Haa, nawaitu, sauma ghadin an adai fardhi ramadhana hazihi sanatilillahitaala. Bukan bukan niat puasa ya, tetapi niat beribadah ^_^

Niat apa yang paling penting wahai ali baba ? Niat apa spongebob ? Niat mesti IKHLAS. Okay, bak kata orang biarlah amal kita tu ibarat  semut hitam kecil atas batu hitam pada waktu malam. Niat ikhlas ni, macam mana eh nak cerita. Okay camni. 
Contoh kau pergi pasar. Then masa kau tengah syok beli ikan tu ada budak kecik pakai lusuh maybe homeless or something  datang dekat tangan kau. Kau jeling keliling " Ramai orang, mesti diorang nampak aku baik nanti "
  
 Maka kau pon cakap sambil jerit agar ada orang dengar, " ala adik kesiannya lapar ya ? jom kakak bawak awak pergi makan KFC :) " 


Ha maka itu adalah TIDAK IKHLAS. Hm maybe tu kadang-kadang so let's see what's happens in our daily routine.

" Hmm, nak update status baik-baik lah, mesti dapat likes banyak niii ^_^ "

Maka kau pun tulis lah beratus status berunsur keagamaan di fb mahupun twitter kau dan mendapat sejuta likes. Waa mesti muka kau excited macam menang sejuta ringgit moneydrop kan ? 

Memang lah kau dah sebar kebaikan, but sebab niat kau tak ikhlas dan mengharapkan likes semata-mata maka dikhuatiri tidak mendapat sebarang manfaat kepada diri kau sendiri. Got it ? Tak ? 

Okay, aku memang seronok dua tiga empat ronok bila tengok kawan berubah. Sangat gumbira. Yelah dulu dia fames sebab banyak buat hal dan juga masalah couple dia sangatlah hardcore. And now dia berubah alhamdulillah. Namun. Ya ada NAMUN. Perubahan itu hendaklah ikhlas wahai saudara saudari sekalian alam. Kalau kau berubah semata-mata ingin mendapat perhatian mahupun likes (lagi) daripada facebook mahupun pencicit maka memanglah sia-sia. Kerana setelah aku membuka news feed di fb, hengkau telah banyak post benda yang aku rasa that was so much better to keep it personal yang public tidak perlu mengetahuinya cukuplah hengkau dan Allah Maha Berkuasa saja yang tahu kerna post kau tu boleh menyebabkan hengkau berubah tidak ikhlas. 

Hadits Nabi SAW :

عَنْ عُمَرَ بْنِ اْلخَطَّابِ رض. قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ ص يَقُوْلُ: اِنَّمَا اْلاَعْمَالُ بِالنّيَّاتِ وَ اِنَّمَا لِكُلّ امْرِئٍ مَّا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ اِلَى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ اِلىَ اللهِ وَ رَسُوْلِهِ. وَ مَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ اِلىَ دُنْيَا يُصِيْبُهَا اَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ اِلىَ مَا هَاجَرَ اِلَيْهَا. البخارى و مـسلم
Dari Umar bin Khaththab RA, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sah atau tidaknya suatu amal tergantung pada niat. Dan sesungguhnya setiap orang akan diberi balasan menurut niatnya. Dan barangsiapa yang berhijrah karena thaat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan diberi balasan hijrahnya karena thaat kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah karena menginginkan keuntungan dunia yang akan didapatnya atau karena menginginkan wanita yang dia akan mengawininya, maka hijrahnya itu akan diberi balasan menurut niatnya dia berhijrah itu”. [HR. Bukhari dan Muslim]
 See makanya ada hadis mengenainya.


عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رض قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص : اِنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ اِلىَ اَجْسَامِكُمْ وَلاَ اِلىَ صُوَرِكُمْ وَ لٰكِنْ يَنْظُرُ اِلىَ قُلُوْبِكُمْ. مسلم
Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu”. [HR. Muslim]
Ya, jika hengkau 10 bintang dalam menutup aurat tapi jika tidak ikhlas bagaimana ya saudari ?
Aku bukanlah prefect mahupun perfect TAPI aku hanya nak nasihat. Ya aku tahu aku juga banyak dosa but we're working towards it ! Makanya ikhlas ini benda paling susaaaaaaaaah nak capai.

IKHLAS.

Amal Yang Ikhlas
Amal yang didasarkan di atas niat yang baik dan ikhlas akan diterima Allah Subhanahuwata’ala dan diberikan ganjaran. Imam Nawawi dalam keterangannya mengenai amal yang disertai niat yang baik, telah berkata: Bahawa amal ada tiga bahagian, iaitu:

1. Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadah hamba.

2. Amal yang dikerjakan kerana mengharapkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadah saudagar.

3. Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah. Juga dilaksanakan kerana hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadah orang yang merdeka.

Inilah rupa amal ibadah yang dimaksudkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sewaktu menjawab sungutan Aisyah Radhiallahu ‘anha yang berkata, “Mengapakah Rasulullah bersusah payah berdiri sembahyang waktu malam hingga bengkak-bengkak kedua-dua belah kakinya? Padahal Allah telah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang?”. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjawab,

“Tidakkah patutkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”.
Kesimpulannya, amal yang ikhlas ialah amal yang diniatkan kerana Allah Subhanahuwata’ala dan tidak kerana yang lainnya. Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lalu berkata:
“Ya Rasulullah! Ada seoranng lelaki yang bersedekah dan dia suka supaya dipuji dan diberikan pahala kepadanya”. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam tidak dapat menjawab apa-apa sehinggalah diturunkan ayat ini:
“Maka barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal yang soleh. Dan janganlah dia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.”



Makanya wahai teman (asal macam INDON ? ) buat apa pun mesti IKHLAS ! Tak kira lah kau makan ke, kau pergi dengar ceramah UAI ke, kau sembahyang, kau puasa, kau tutup aurat semuanya kena ikhlas. Okay ? Ma'salamah wahai rakan :)

Monday, February 11, 2013

Pak pak bung bung

Baiklah, tajuk tu actually bunyi kompang HAHA. Annoyed ? Okay, just nak announced yang ustaz Redhuan Ghazali dah bertunang sama tunangnya Nor Azira Hanani . Cantik nama secantik tuannya weewit. Okay, memang kecoh di fb mahupun twitter tentang pertunangan mereka. Yelah ustaz redhu amat fames dalam kalangan pelajar ya. Dan ustaz juga Ketua Komander group Psycho masa kem jadi diri and i'm one of them haha. Kena guling atas tanah sebab pangil ustaz as Ustaz Redhu instead of panggil dia Tuan Redhu HAHA Wuu. Tahniah ustaz ! Wee. Semoga jodoh ustaz dan pasangan berkekalan hingga hujung nyawa *OST Setia Hujing Nyawa please* HAHA.




Alhamdulillah. Ustaz bakal kawen weee :D im very happy for them. 

Barakallah huu. Ustaz, nanti kawen ajak kami tau ! Kawen dalam DI boleh haha GEH GEH.
Okay that's all.

Saturday, February 9, 2013

Choralsical

Nak kongsi about choralsical antara kelas in conjuction with language week yang diadakan di maktab. Okay, seriously even dapat SECOND PLACE bersyukur sangat sebab kami gaduh teruk jugak masa berlatih. Tapi tak seteruk masa UNGA. And tak seteruk malam Gala P.Ramlee yang mana aku jadi direktornya. Yang tu siap ada lelehan air hingus dan saliva HAHA. Okay proceed. Tajuknya One Malaysia !
Lirik dia..












Rasanya dah ikut turutan tu. Kami punyan dugaan is, budak silat pergi tournament. Then ada yang pergi KEJORA wuu sangat pening, And this were the results :D






first masuk -peeeeaace be upon you teacher eeyaeeyao

ee..yaa..ee..yaa..ooo..*pengsan*


rise and shine guys

huh what's happening ! "our spaceship is crashing down!!"
look around yourselves can't you see this wonder *singing maher zain's*


we're just a little bit caught in the middle EARTH *the show*

there are indians,chinese and also MALAY !
dum becale dumbecale dum dum HAPPY DEEPAVALI *abaikan muka semangat aku*
ONE MALAYSIA *sebuah janji ditepati GEH*



ze conductor bidan terjun
ALL IN ALL, kami menang second place :D

Ikhtilat tu apa ?




Baik, aku sebenarnya baru je explore mengenai ikhtilat ni.  Aku ternampak seorang seorang hawa tweet di twitter. Ya ! Di mana lagi nak tweet selain dekat twitter en. Huu. Okay straight to the point.

Ikhtilat berasal daripada perkataan khalata iaitu bercampur.

Ada juga aku baca maksudnya percampuran.
Biasanya, kalimah ini digunakan, dengan merujuk kepada percampuran antara lelaki dan perempuan secara tidak syara’.

Ulama Fiqh mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. 



Interaksi yang berlaku mungkin berupa percakapan,
pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Jika ia melibatkan dua orang sahaja, maka ia diklasifikasikan sebagai
khalwat.

Ikhtilat boleh berlaku di mana-mana tempat samada secara terancang atau tidak.
Hukum Asal
Pada dasarnya, tidak terdapat sebarang hukum bagi pergaulan yang jelas. Meskipun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan ianya tidak haram malah harus, namun berdasarkan dalil-dalil yang bakal dikemukakan, adalah jelas bahawa hukumnya adalah tetap haram. Ini juga kerana pandangan ini disokong oleh majoriti ulama fuqaha, dan ahli hadith.







Dalil-Dalil Pengharaman pergaulan antara lelaki dan perempuan meskipun tidak terdapat satu nas yang qatie (jelas), namun pengharamannya hanya berasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita keran dalam hukum-hukum tersebut terdapat unsur-unsur pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
Oleh itu, nas-nas tersebut boleh dijadikan sebagai petunjuk pengharaman pergaulan.

Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah larangan
-berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita, hukum
-solat Jumaat bagi wanita dan beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk wanita.

Pemakaian Urf dan Maslahah dalam Penentuan Hukum Pergaulan.

Dalam konteks persoalan berkaitan pergaulan antara lelaki dan perempuan di Malaysia, meskipun hukum asalnya dalah haram seperti mana yang telah dihujahkan sebelum ini [rujuk perbincangan tentang hukum asal pergaulan ,namun apabila dilihat dari sudut pendekatan pemakaian uruf masyarakat di Malaysia, ternyata beberapa kelonggaran
tetap wujud seiring dengan prinsip iaitu mengambilkira suasana setempat dan semasa di Malaysia.


Persoalan yang turut perlu dipertimbangkan contohnya:


- Kaum wanita turut keluar mencari rezeki dengan bekerja.malahan wanita di Malaysia kini hampir seimbang dominasi peratusan mereka yang bekerja dengan lelaki.

- persoalan tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa belajar.
Di universiti, keadaan sama berlaku.

Pengecualian Bagi Hukum Asal
 

Unsur Darurat
pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.
Apabila Wujud Keperluan atau Hajat

 


 Muamalat Maliyyah (urusan harta)Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.
 

 Penyaksian (urusan mahkamah)Penyaksian wanita diterima syara.Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.
 

 Urusan kerjaWanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya
melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan
perempuan secara total amat terhad.

 

 Melayani tetamuHarus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

- Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat
Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak.
Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlismajlis


Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan
dnegan syarak
seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.

Pergaulan semasa belajar.
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.










“ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk”
 

(Surah Al-Israa’:32) 

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan”
(An-Nur : 30)

Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beirman, agar mereka menjaga pandanngan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…”  Surah An-nur ayat 31.


 Aku pun pernah alpa sebab kita manusia kena sentiasa diberi peringatan. Aku harap post ni mampu memberi pengajaran buat kita semua, terutama mereka yang satu kaum dengan aku. Duhai hawa :D

Maka jagalah jarak kamu dengan lelaki ajnabi
 

Friday, February 8, 2013

Result spm !




Apa yang gemparr ?









So, yang menambah keyakinan aku yang result spm pada 21 FERBRUARY 2013, FEBRUARY I REPEAT !

is sebaaab.. ramai yang update status fb pasal ni. Ha, kalau mereka ni memang tk tengok status aku means nampaknya betul lah kann.









Okay, kalau betullah. Memang -,- aku dapat tahu tadi masa tengok halaqah, umi aku kata

" Che Bi kata result CONFIRM 21 february nii. tahu dah ?"

"WHAT??! 21 mac lah umi ! i cant bilip it !"

" Che Bi kata dah announced tv"

Okay, apa yang membuatkn aku sungguh amat mempercayai mak sedara aku tu is sebab dia ketua pemeriksa o.O okeng.

ya Allah, semoga semua bekas calon SPM 2012 mendapat keputusan 9A+, 10A+ dan straught A+ ya Allah. Man jadda wa jadda. Sesungguhnya engkau tidak pernah memungkiri janji. Kami telah berusaha ya Rahman :) In shaa Allah.

Jangan lupa doakan untuk kawan kawan korang tau. Sebab nanti malaikat sendiri akan doakan sesiapa yang mendoakan sahabatnya. Sapa taknak dapat doa daripada malaikat wooi

Thursday, February 7, 2013

Gambar lama as




Semasa membeleks album rkktaf jumpa ini wuu.






Suzuran



Malam ini mahu ngomong pasal hari jadi SUZURAN


gambar ihsan blod diyan masa SPM amek gambar batch


Tepat jam 8 pagi kot 7 Februari 2011 kami lahir menjadi KUATAGH  K12. Wuu. Akhirnya dah jadi kuatagh diriku ini. Terasa sangat kerepot HAHA geh.

Aku memang tk pernah menyesal masuk mrsm kuantan, sebab kerana maktab yang dah berumur 39 tahun tu banyak mengajar aku tentang kehidupan. And aku tak pernah kecewa menjadi anggota batch K12 SUZURAN. Diorang banyak ragam and banyak perangai wuu. Itu yang ajar aku jadi matang. Thanks suzuran. Happy 2th annivesary yay !

i love you guys 136 suzuranians. may our ukhuwah remain until jannah :)





Baik. Semoga kami satu batch mendapat keputusan 9A+ dan 10A+ dalam spm 2012. In shaa Allah aamiin. Kami dah usaha, in shaa allah, Allah swt tidak akan mensia-siakan our struggling. Wee apa vocab aku guna ?

Man jadda wa jadda, sesiapa yang berusaha dia akan berjaya :)

Monday, February 4, 2013

#1 Tautan Kasih 1.0



Nak cerita pasal program Tautan Kasih 1.0 yang dikendalikan oleh batch kami dengan pantauan HEK and kaunselor.

Sebabnya kami 136 budak batch suzuran form 5 MRSM Kuantan akan ada adik angkat disana. Ada lah dalam 10 oranh lebih gitu jaga tadika means diorang takda adik angkat specific.

Okay, nak cerita program ni wajib untuk MRSM PKP , program khas pendidikan. BITARA lah senang.
This programme was under social services. So, aku selaku setiausaha program ni telah bermesyuarat dulu dengan pengurusan RKKTAF. Kami AJK program ni pergi dua hari before perasmian. Tarikhnya is pada 7 Febuari 2012. Hari selasa.

RKKTAF :') rinduuu

nak masuk sangat strict okay

rombongan cik kiah, tapi niat ikhlas ye sahabat :) AJK nak meeting nih


yang pakai tudung hijau tu pengetua RKKTAF, nama ibu Rokiah

focus focus !


Itu adalah pegawai pegawai JKM yang bertugas di sini





AJK program Tautan Kasih 1.0



lawatan ke asrama mereka






melawat di anjung mereka





Okay, next iz persiapan perasmian oleh kami juga. AJK program ini. Then dapat jumpa adik aku kejap before balik. I is HAPPY ! Persiapan pada hari Khamis 9 Februari 2012. Wehee. Happy.


kau kenapa ammar ? ok dia sedang gantung banner perasmian tuu

FADHIL ! sabar sabar ! haha

Fahim pergi sebab nak cari adik, he cried :'(


menyapu sambil bersenam



i iz meet my beloved adik :') love him


Lepas tu kann, pakcik Arif bawak kami pegi TC , Teluk Chempedak. Woohoo ! Happy takleh cakap HAHA. So, kami take out KFC and makan di tepi pantai woo. Bajet sweet .


happy dapat makan lepas penat tadi feeewh

With kaunselor, cikgu Wani.



Tautan Kasih di Teluk Chempedak
Then balik tu dah nak maghrib. Tiba-tiba BLACKOUT ! Ya Allah, dah la aku dengan As ja dalam blok E. fuuh.