Wednesday, December 26, 2012

sebuah pertemuan

 

yeah, SEBUAH PERTEMUAN.
pertemuan yang telah buat aku sedar akan sesuatu :

" kalau kita rasa kita tak bahagia, tak seronok, tak gembira ada lagi orang yang lebih tak bahagia, tak seronok dengan kehidupan ini dan tak gembira. kalau aku rasa yang aku tak dapat apa yang aku inginkan percayalah ada ramai lagi yang tak pernah dapat apa yang mereka inginkan  kalau aku rasa aku tak disayangi ada lagi orang yang hakikatnya tidak mendapat cukup kasih sayang, kalau aku rasa umi and ayah aku tak sayangkan aku, ada orang yang tak pernah merasa kasih sayang ibu bapa mereka sendiri "

Ya Allah ! pertemuan ini sangat bermakna. telah menyedarkan aku betapa bertuahnya aku dilahirkan ke fatamorgana ini. pada tanggal 7 Februari 2012 itulah yang telah menyedarkan aku supaya terus bersyukur !

aku bertemu dengan adik angkat aku iaitu salah seorang penghuni Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKKTAF) yang tak pernah menerima sebarang kunjungan daripada sesiapa sepanjang dia duduk dekat situ. even budak lain ada jugak sedara datang melawat waktu hari raya. tapi bukan bagi dia. subhanallah. for the first met, aku kelu. aku tak tahu macam mana nak mesra dengan dia.
dia merupakan dalam pantauan penyelia dekat sana sebab dia sangat nakal. yes. adik aku boleh dikategorikan gangster kat rkktaf. tapi, bila aku dah mula kenal dengan dia, hati dia lembut sangat. dia patuh and banyak tahu bacaaan al-Quran al-Karim . alhamdulillah. tengok. walaupun dia hidup tanpa bimbingan mak ayah dia, tapi hidayah Allah tu boleh pergi dekat siapa-siapa sahaja. dia pon tahu azan. iqamat, tahiyah, bacaan dalam ruku' masa sujud. alhamdulillah. dia darjah empat. subhanallah kalau korang diberi peluang ni memang rasa sangat bersyukur sebab dapat kenal dia and dapat bagi dia semangat.

and dia tak banyak bercerita until aku sendiri yang cungkil walaupun at the first time takut nak ungkit kisah sedih dia,. tapi,aku share ni sekadar nak bagi kesedaran kepada kita semua. dekat sekolah dia, dia kena ejek sebab baju buruk and kasut buruk and sebab dia tinggal dekat home. dia selalu kena ejek. mak dia dah meninggal and ayah dia tinggalkan dia. subhanallah. begitu kuat dugaan dia berbanding dengan kita. dia masih kecil lagi waktu tu and takde orang nak ambik dia. terpaksa lah jiran dia call JKM sebab tak sanggup tengok keadaan diorang. adik aku ni tiga beradik duduk dekat situ. tapi diorang tak rapat.. kami takleh dedahkan maklumat mereka. cukup sekadar dalam ingatan yang memang takkan pernah luput dari ingatan aku dan batch SUZURAN.

adik aku ni pernah nangis sebab aku lambat datang masa perjumpaan hari jumaat sebab kami ada medical check-up for Navy. and aku  berlari sekuat hati nak pastikan sempat jumpa dia and bila sampai semua jerit-jerit nama aku sebab adik aku menangis selok and taknak bagi sesiapa pujuk. jenuh aku mencari dia merajuk, then aku jumpa dia tengah lencun dengan airmata. ya Allah aku tak tahu akan jadi macam nii. bila aku pujuk baru dia senyum. aku rindu suara serak dia ! fyi, adik aku lelaki that's why dia gangsetar.
aku sedih dengar kisah-kisah dia.

on the last meeting before spm, aku bagi dia kad and doa. dia doakan aku dapat hajat yang aku inginkan sambil nangis. and masa nak balik dia nangis kuat sangat sebab tu last kitorang jumpa. yelah, aku dah balik kelantan.dia dekat kuantan. so, that's why aku akan pergi ambik result sebab nak jumpa dengan adik aku ni dekat rkktaf. ya Allah engkau teruskanlah jalinan kasih yang telah kami bina ini. semoga dia menjadi seorang yang berjaya dan berguna kepada masyarakat dan agama Islam suatu saat nanti  :D masa last meeting ni pon kami nangis tahap paling selok bila dengar lagu tema : Sebuah Pertemuan dan lagu Doa Perpisahan.

how much i miss you.

i still remember that every meeting that we had i must make sure you draw us in my diary. and akak selalu tengok lukisan tu bila teringakan awak S.

akak sayang awak !

No comments:

Post a Comment

Do comment okay.