Monday, December 31, 2012

gang PLKN ;)



Kepada semua rakan-rakan aku yang bertuah yang telah dipilih oleh Kerajaan Malaysia untuk menjihadkan diri ke Program Latihan Khidmat Negara, semoga berjaya harungi liku-liku kehidupan dekat sana tau :D
Especially kepada SUZURANIANS yang akan tercampak merata-rata tu, buat lah kawan baru. Baru lah rasa sekejap  je kat sana. Haa, sape yang dapat Kem Cheneh untunglah, ramai gang kita dapat sana :D








And kepada yang dapat tempat tu sorang-sorang like, Dyan Syah A'are survive elok-elok !
Okay, specific speech for Dyan :

Makan every makan time ! Amaran KERAS keatas anda ye Dyan ;)
Makan ubat anda and sila JANGAN BUANG UBAT LAGI :D
Dekat sana takde orang nak paksa awak makan macam saya paksa HAHAHAHA *evil laugh
Kalau rasa letih dah cakap je dekat Komander tu nak pengsan.
Tidur cukup.

Hm, itu je kot.
So, mereka yang dapat PLKN ialah :

DYAN, WAFA, FASEEHA, AIN NADHIRAH, FADHILAH, SYIKIN, BAIHAQI, ZAIRI, KHAIRUL SYAFIQ (walaupun tak pergi), SAYANG ASNIESSA, SYIKIN MAJID, FAZLEEN, AM,
MASHA. SYAHRIAH, SARAH, ANIS, AUNI, SYAZLIZA, err dan lagi tak ingat ! Sorry kepada yang namanya tidak dicatat heh :D

Semoga korang-korang ni dapat bawak balik trofi WIRAWATI TERBAIK atau WIRA terbaik atau PELATIH TERBAIK or apa-apa jelah awards kann.

 Jangan sedih kepada yang taknak pergi tu : Ain Nadhirah, ada hikmahnya awak dapat ;) *wink.

 So, berjuanglah dengan penuh semangat ye kawan-kawan ! Aku support korang dari belakang haha dari belakang jauh nun disini lah :P









And kepada Sayang Asniessa, dia dapat kem dekat SARAWAK uolls haa. Kau ader ? Takde kann. Good luck tau. Bukannya aku nak suruh jadi iban *dia kata aku suruh dia jadi iban sebab menggalakkan dia pergi apa daa*
Jangan sangkut dengan budak sarawak or budak kem kau sudah laa, kang menangis air mata hijau si Adib Kaman tuh :P



Dan kepada Najwa Hayati, hope dapat jumpa kau before pergi perang dekat Kuala Kangsar tuh. Dah la plan nak keluar hari ni terbantut sebab hujan lebat pagi tadi. Sobs tiga :'(

Okaylah adios :D

Wednesday, December 26, 2012

doa buat adikku :)



Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu



Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu

ya Allah :'(




Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

sebuah pertemuan

 

yeah, SEBUAH PERTEMUAN.
pertemuan yang telah buat aku sedar akan sesuatu :

" kalau kita rasa kita tak bahagia, tak seronok, tak gembira ada lagi orang yang lebih tak bahagia, tak seronok dengan kehidupan ini dan tak gembira. kalau aku rasa yang aku tak dapat apa yang aku inginkan percayalah ada ramai lagi yang tak pernah dapat apa yang mereka inginkan  kalau aku rasa aku tak disayangi ada lagi orang yang hakikatnya tidak mendapat cukup kasih sayang, kalau aku rasa umi and ayah aku tak sayangkan aku, ada orang yang tak pernah merasa kasih sayang ibu bapa mereka sendiri "

Ya Allah ! pertemuan ini sangat bermakna. telah menyedarkan aku betapa bertuahnya aku dilahirkan ke fatamorgana ini. pada tanggal 7 Februari 2012 itulah yang telah menyedarkan aku supaya terus bersyukur !

aku bertemu dengan adik angkat aku iaitu salah seorang penghuni Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKKTAF) yang tak pernah menerima sebarang kunjungan daripada sesiapa sepanjang dia duduk dekat situ. even budak lain ada jugak sedara datang melawat waktu hari raya. tapi bukan bagi dia. subhanallah. for the first met, aku kelu. aku tak tahu macam mana nak mesra dengan dia.
dia merupakan dalam pantauan penyelia dekat sana sebab dia sangat nakal. yes. adik aku boleh dikategorikan gangster kat rkktaf. tapi, bila aku dah mula kenal dengan dia, hati dia lembut sangat. dia patuh and banyak tahu bacaaan al-Quran al-Karim . alhamdulillah. tengok. walaupun dia hidup tanpa bimbingan mak ayah dia, tapi hidayah Allah tu boleh pergi dekat siapa-siapa sahaja. dia pon tahu azan. iqamat, tahiyah, bacaan dalam ruku' masa sujud. alhamdulillah. dia darjah empat. subhanallah kalau korang diberi peluang ni memang rasa sangat bersyukur sebab dapat kenal dia and dapat bagi dia semangat.

and dia tak banyak bercerita until aku sendiri yang cungkil walaupun at the first time takut nak ungkit kisah sedih dia,. tapi,aku share ni sekadar nak bagi kesedaran kepada kita semua. dekat sekolah dia, dia kena ejek sebab baju buruk and kasut buruk and sebab dia tinggal dekat home. dia selalu kena ejek. mak dia dah meninggal and ayah dia tinggalkan dia. subhanallah. begitu kuat dugaan dia berbanding dengan kita. dia masih kecil lagi waktu tu and takde orang nak ambik dia. terpaksa lah jiran dia call JKM sebab tak sanggup tengok keadaan diorang. adik aku ni tiga beradik duduk dekat situ. tapi diorang tak rapat.. kami takleh dedahkan maklumat mereka. cukup sekadar dalam ingatan yang memang takkan pernah luput dari ingatan aku dan batch SUZURAN.

adik aku ni pernah nangis sebab aku lambat datang masa perjumpaan hari jumaat sebab kami ada medical check-up for Navy. and aku  berlari sekuat hati nak pastikan sempat jumpa dia and bila sampai semua jerit-jerit nama aku sebab adik aku menangis selok and taknak bagi sesiapa pujuk. jenuh aku mencari dia merajuk, then aku jumpa dia tengah lencun dengan airmata. ya Allah aku tak tahu akan jadi macam nii. bila aku pujuk baru dia senyum. aku rindu suara serak dia ! fyi, adik aku lelaki that's why dia gangsetar.
aku sedih dengar kisah-kisah dia.

on the last meeting before spm, aku bagi dia kad and doa. dia doakan aku dapat hajat yang aku inginkan sambil nangis. and masa nak balik dia nangis kuat sangat sebab tu last kitorang jumpa. yelah, aku dah balik kelantan.dia dekat kuantan. so, that's why aku akan pergi ambik result sebab nak jumpa dengan adik aku ni dekat rkktaf. ya Allah engkau teruskanlah jalinan kasih yang telah kami bina ini. semoga dia menjadi seorang yang berjaya dan berguna kepada masyarakat dan agama Islam suatu saat nanti  :D masa last meeting ni pon kami nangis tahap paling selok bila dengar lagu tema : Sebuah Pertemuan dan lagu Doa Perpisahan.

how much i miss you.

i still remember that every meeting that we had i must make sure you draw us in my diary. and akak selalu tengok lukisan tu bila teringakan awak S.

akak sayang awak !

alhamdulillah

 

alhamdulillah sangat sebab dah lulus ujian undang-undang dan tak payah nak repeat bagai -.-
so, this Friday i have a workshop for motocar and Saturday for my motocycle. can't wait nak kena marah bawak kereta kokse heheh geh. nervous to be frank. tapi tade papa. boleh punya :D
cehh, confident sorang diri.okay and also congrats to Zati ( kawan baru jumpa tadi ), Ammar, Iwe and semua yang lulus ujian tadi. Fuhh. terlalu banyak perkara yang berlaku tadi hingga tak mampu untuk ditaip oleh jariku ini heheh :D

so, thanks again to cikgu Kamal, kak Long, akak-akak jaga kaunter yang BAIK dan abang van.
great moments hari nih. dengan menjelajah bandar Melor yang tidak seberapa itu -.-

chiaos :D

Monday, December 24, 2012

nauzubillah

 

siapa ada rasa semua ni termasuk aku segera muhasabah diri :'(

" Apabila kita sudah tidak boleh ditegur, itulah namanya ego ,

dan bila mana kita rasakan diri kita bagus dan pandang rendah pada orang lain itulah takbur "

Thanks Allah

 

aku sedar Allah swt akan hanya akan berikan yang terbaik buat kita kan ?
dan aku sedar apa yang aku dapat sekarang adalah yang terbaik buat diri aku.
aku pergi MRSM Kuantan walaupun pada masa tu aku dapat apa yang selama ni aku idamkan since Form1 aku dapat masa form 4. semua aku dapat Alhamdulillah. tapi, aku tak tahu aku boleh terima tawaran mara tanpa buat istikharah langsung ! aku tak tahu macam mana aku boleh senekad itu. padahal sebelum ni apa-apa mesti aku ragu-ragu. and even aku taknak masuk MRSM aku isi just sebab kawan-kawan aku semua isi. that's all.  but then, bila aku tak dapat sbp aku nangis sebab aku rasa nak masuk sbp.lepas tu bila check dapat mrsm rasa macam takdelah bodoh sangat aku ni.

lepas daftar mrsm kuantan aku jumpa kawan baik baru. and aku happy even dah 2-3 kali ambik borang pindah maktab dengan Yani, Fahim and Dyan. aku memang dah nekad malam tu nak pindah. tapi malam tu cikgu Ismi jumpa kami cakap pasal kelebihan stay kat sana. and guess what aku tak jadi pindah except Yani.
then sekarang aku dah tamat belajar kat mrsm kuantan alhamdulillah gembira. aku berjaya grade dengan first class even takdelah tinggi sangat pointer.

 lepas trial mara, kami disuruh oleh kaunselor untuk apply SPC : skim pelajar cemerlang. waktu tu, aku nekad taknak amik spc sebab nak apply Petronas scholarship.masa tu aku sangat passion ed  nak mintak Petronas and aku memang tak layan langsung dengar classmates aku siapkan borang spc. even borang aku hilang entah ke mana. tak heran. tapi one day. hari last before graduation day. i've bumped into cikgu Zam masa tu ramai budak tengah tanya pasal SPC masa tu aku on-the-way nak pergi lab physics, aku tiba-tiba menyesal yang amat sebab tak apply! sebab aku layak mohon. then aku patah balik pegi kelas dengan betemankan Ely., call parents aku yang akan bertolak to Kuantan for my graduation tomorrow. and masa tu parents aku dah keluar rumah. aku suruh ambik birth certificate diorang and aku kena marah teruk lah jugak -.- sebab last minute punya kerja kan. tapi masa tu aku determined sebab nak apply spc.
and aku pegi apply overseas in both Engineering fond. and Pharmacy walaupun masa tu aku ada tak lepas satu subject. tapi aku macam mencuba nasib dengan submit to cgu Zam. sebab cikgu ada cakap yang dia akan reject sape-sape yang tak layak so aku macam " takpelah, kalau cikgu nak reject memang takde rezeki spc lah"


but cikgu terima ! ya Allah masa tu macam miracle. so, lepas pada tu aku macam start mengharapkan spc sebab kawan aku ada cakap yang kuota spc lebih sebab tak ramai yang mohon and maybe semua yang mohon awal akan dapat. i've kept on praying to you dear Allah. and bila check ,



okay. masa tu sedih hanya Allah yang tahu. sebab memang mengharap masa tu. bila check terus naik bilik and nangis ! aku tak sanggup nak dengar kawan-kawan aku dapat spc. masa tu semua perasaan ada. ya Allah kenapa aku tak kuat? kenapa aku menangis. then aku call Yuni sambil nangis. i just can't help it ! aku terus deactive acc fb sebab aku taknak kawan-kawan aku tahu aku tak dapat. aku rasa malu pada masa tu. aku lupa pada Dia. aku riak. Astaghfirullah halazim.

then Kak Sabihah text ,

" Owh.. Xpelah.. Jgn putus asa tau.. Dah bukan rezeki awak.. Doakan yg terbaik utk kwn2 awak tu, dgn izin Allah awak akan dpt yg lebih baik.."

Ya Allah aku hasad ! aku dengki dengan kawan-kawan aku. lepas tu i've cried again sebab rasa bersalah dengan kawan-kawan aku. sepatutnya aku doakan diorang !  okay lepas tu aku sedar yang Allah tak berikan aku tu sebab maybe it was just not the best for me. mungkin bila aku dapat aku jadi sombong ? atau lagipun untuk spend masa dengan family sebab dah dua tahun tak duduk rumah. and teman adik aku kesian sebab selama ni dia takde kawan nak ajar dia and apa ke. kan? i've tried to think in positive way and it creates a positive parabola graph on my mouth :)

 ya, Allah tahu segalanya. Dia Maha Mengetahui, Maha Merancang.
aku tak patut ragu-ragu dengan dia. i shouldn't !
mungkin Allah nak bagi aku ujian untuk dapat Petronas scholarship who knows? He wants me to be stronger to face more obstacle in the future. He dont want me to get things easy. i have to feel pain before i could feel the happiness in my journey. ya Rabb please guide me to your path. the path that will lead me to your Jannatu'l Firdaus :'(

and now, i have to do my own research about the chance that i could get using my SPM results. ya Allah may i get 9A+ or at least straight a's for giving me the opportunity to get any scholarships. i wants to make my parents proud of me. that's all :D

Sunday, December 23, 2012

hadith ke-24

 





Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata : " Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. " 


sedarlah kawan

 

❤ Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa
❤ Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji
❤ Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna

Hakikatnya...
❤ Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga
❤ Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga

❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka
❤ Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT
❤ Dia juga MANUSIA
❤ Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama...

**** Janji Allah itu pasti ****

duhai ukhti

 
Duhai Ukhty Muslimah...

Bukannya aku berlagak suci, berlagak alim ataupun menceramahi dirimu. Akan tetapi aku hanya takut jika penyesalan yang kau dapati.

Duhai Saudariku...

Ketika wanita lain pada menampakan bentuk lekuk tubuhnya dan ke elokan tubuhnya. Maka biarlah engkau memakai pakaian yang longgar, yang menutupi aurat dan juga secara syar'i serta berhijab.

Duhai Saudariku...

Biarlah orang lain berkata: "belum tentu yang berjilbab baik." biarlah dirimu mengenakan jilbab, berpakaian secara syar'i serta yang longgar dan berhijab.

Duhai saudariku...

Kerana semua itu untuk dirimu agar menjadi wanita solehah dimata Allah. Serta agar dirimu mendapatkan Lelaki soleh yang engkau idamkan.

Duhai Saudariku...

Tetaplah dirimu mengenakan pakaian longgar, berjilbab, berhijab, serta secara syar'i. Tidak usah engkau tertarik dengan keindahan dunia sesaat, serta meniru pakaian yang tidak di ajarkan dalam ISLAM.

Salam Ukhuwah Fillah.

muhasabah diri

 

~✿>> Tidak cantik, tidak hensem..
Tidak apa, TIDAK BERDOSA..
Yang MENJADI DOSA adalah orang yang SELALU MENGUMPAT tentang betapa tidak cantik dan tidak hensemnya orang lain..
Hati-hatilah dalam menilai manusia..
Kerana Yang Esa TIDAK PERNAH LUPA MENILAI DIRIMU..
Malaikat juga TIDAK JEMU MENCATAT perbuatan dan tutur katamu..
Carilah REDHA Allah melalui KECANTIKAN DAN KEHENSEMAN dari dalaman iaitu HATI..♥♥
 

lupa ?

 

Mereka bertanya kepadaku : “Apa khabar?”
Lantas ku jawab: “ALHAMDULILLAH...”

Maka mereka menyangka bahawa aku sedang DALAM KEGEMBIRAAN..mereka lupa bahawa kita perlu BERSYUKUR kepada Allah semasa GEMBIRA ATAU DUKACITA..

✿~ Alhamdulillah ketika kita BERSEDIH..
✿~ Alhamdulillah ketika DUNIA MENGHIMPIT KITA..
✿~ Alhamdulillah ketika kita CERIA..
✿~ Alhamdulillah ketika kita SAKIT..
✿~ Alhamdulillah ketika kita REDHA dengan ketentuan..
✿~ Alhamdulillah ketika kita SELESA..
✿~ Alhamdulillah dalam SETIAP PERKARA dan KEADAAN..

p/s : Alhamdulillah, Allah masih beri PELUANG kita hidup di dunia ini & sememangnya ramai lagi LEBIH SUSAH & LEBIH HEBAT CABARANNYA dari kita ..

#Terima kasih Allah ♥♥
 

SATU

 

"Kita ada 1 saja HATI,
Jika gembira, HATI itulah..
Jika sedih, HATI itulah..
jika bertaqwa, HATI itulah..
jika berIman, HATI yg satu itu juga..
Jika bercinta, HATI itu juga..
jika terluka, HATI yang 1 itu juga..
jika terasa, HATI itu juga..

Terlalu "SATU" untuk banyak perkara..Maka, jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangi kamu.." :')

senamrobik :D

 

wow wowowo ! penatnya senamrobik ! fuhh ! haha. dah lama kann tak bersenam since nak SPM so cuti nii qada' balik exercise yang tak buat sebelum ni. so, i'll be ideal soon yeah ! okay suzuran tengoklah masa ambik result nanti (kalau datang) kalah rozita che wan HAHA. okay lah. bila dah darah mengalir ni otak segar so nak sambung baca BUKU KPP heheh. even si Azmi bajet tak payah baca dapat 49/50 -.-
berlagak punya mamat. dah la hilangkan novel aku ! hih dendam sebenarnya. HAHA geh je. tak baik berdendam ye anak-anak !

ADIOS ~

Saturday, December 22, 2012

tersentuh :/

 

ehem kenapa macam aku mudah tersentuh sekarang? i means bukan touching merajuk ke apa tapi you know that macam mudah adoi macam mana nak cakap ye? heheh. actually aku macam suka kat sorang akhawat ni tapi aku baru kenal. huh? ya Allah jangan :/

taknak. sebab aku rasa hati dah tertutup kepada mana-mana lelaki buat setakat ini. tak tahu bila boleh terbukak. maybe sebab akhawat ni macam faham jiwa aku and sekepala dengan aku and dia macam tahu perangai aku macam mana even baruu je kenal. tapi aku tahu dia biasa-biasa je dengan aku. sekadar tambah kawan dia je kot. tapi aku suka nak buat kawan je kot. tapi keep on ushar notification aku even masa tuh tengan baca online novel ! okay first time aku terganggu masa baca novel. sebelum ni pon aku kalau dah baca novel semua benda tak sedar. even tadi yuni text aku tak perasan padahal handphone kat sebelah je -.- okey, rasanya aku dah jadi pelik sebab tak behenti check noti tadi adoai. STOP ! HAHA.

maybe awak boleh jadi kawan baik saya je kot. one day :P
okay dah pukul 4 pagi. esok nak kena bangun awal sebab ada kenduri apa entah -.-


SELAMAT PAGI :D

Friday, December 21, 2012

stay away please

 

Okay. tadi dia tiba-tiba je chat dengan aku for no reason. then cakap macam nganjing je -.-
hey apa masalah awak hah ? okay btw tadi yuni dah suruh aku delete dia sebab dia ni macam - macam perangainya. haish. yelah takpe cerita lama lupakan yang baru haha terbalik pulak. apa-apa pun aku dah block and deleted dia in my mind. so, please stay away from me ! this is serious . you are my history and now is my future. my future has no you (:
good bye :D

penat belajar

 

hwargh ~! penat rasanya. yelah dah lama otak tak interpret data and menghafal haha.sebab otak mula bekerja semula ( cehh macam sebelum ni tak berfikir ) no i means, bila duduk dalam kelas and cikgu mengajar di depan dengan ramai anak murid. so macam tak biasa heheh gehh. takdelah. hm, pagi ni ada bengkel KPP that is Kurikulum Pendidikan Pemandu. Wahh :D dah besar rupanya aku HAHA.

excited nya. weee ( ANGRYBIRD) hahaha. then pagi tadi bangun agak lewat so terkocoh-kocoh aku bangun mandi ! haa, masa umi call terus bangun pegi bilik air haha. mana pernah macam tu.
okay, then bila sampai kat institut memandu tu, jumpa Cikgu Kamal dia suruh kitorang stay. then dia daftar mintak IC but Ruliza ( kawan baru who is my neighbour ) tertinggal IC dia. so, aku siap thumbprint dulu dekat kaunter and aku masuk dalam kelas awal. well, IM THE FIRST haha. punya semangat. yelah ingatkan dah lambat rupanya ramai lagi yang lambat dari kitorang. 

bila masuk tu, ada cikgu masuk. tak tahu nama apa. tapi he's quiet fierce grrr. and aku macam kena maRah je masa buat ujian colour-blindness tu. yelah. aku first buat dah la masa tu aku sorang je dalam kelas tuh. lepas siap tu aku hantar lah dekat dia. bila aku check rupanya ada page yang bertindan so terpaksa lah aku cross jawapan tuh. then aku pergi hantar cikgu tu cakap

" siap dah? pegang lah dulu"

then aku pegang lah. letak bawah file. lepas tu dia tegur

" lah, apesal simpan? saya tak bagi kat awak nak suruh awak simpan. bagilah kat saya"

okay. aku mula kebingungan. takpelah just lupakan.

then, cikgu hanif masuk. dia suruh aku buat baru. HAHA. sebab yang tu agak buruk :/
kelakar. aku buat first, but then jadi the last sebab cross jawapan HAHA.

hm, then Iwe masuk. aku tegur lah lepas tu buat terkejut. masih tak matured budak nih apa da.
tadi jumpa Qila dengan Eme, Jannah and ramai lah !
best sebab jumpa kawan-kawan lama yeeha .

so tadi kelas from 10-12.30 tghhari. sambung pukul 2-4.30 pm.
 but aku terlambat ingatkan pukul 2.30 petang huhu malu malu. gehh. ramai je salah dengar and ramai je datang lambat. btw i've made new friend : Kak Farah. dia umur 19 tapi awet muda. muka dia sweet je hehe. dia dah nak practical so sebab tu dia buat lesen.

hm, that's all from me. THANK YOU (:

Thursday, December 20, 2012

i'm happy

 

saya gembira BUKAN kerana :

* ada PAKWE
* boleh cerita masalah dekat boyfriend
* boleh chatting dengan ramai orang dekat fb
* boleh keluar dating
* boleh tunjuk aurat
* boleh enjoy sesuka hati

TAPI, saya happy sebab :

* saya ada ALLAH SWT untuk luahkan segala masalah
 * saya ada Rasulullah saw untuk dijadikan ikutan
* saya masih punya Ayah dan Umi untuk bergantung harap
* saya ada abang, kakak dan adik untuk ejoykan kehidupan saya
* saya ada KAWAN-KAWAN yang boleh tingkatkan semangat saya
 * saya masih mampu menutup aurat
* saya masih berada di rumah

Jadi, saya masih mampu bersyukur atas semua itu :D

Alhamdulillah ya Allah.

kawan lama ?

 

Heh. pagi tadi pergi daftar kelas memandu. yeeha excited ! esok baru start bengkel. apa entah nama kelas tuh. aku pergi dengan jiran aku. sebab, mak dia excited nak suruh kitorang pergi sekali  -.-
masa tu umi aku cakap baru lepas amik aku kat kuantan.
then mak dia cakap dengan eksaited ( umi aku cerita lah ) dia nak suruh aku buat dengan anak dia. lagipun dia kenal dengan sorang cikgu yang baik nii and cepat. ehheh. so aku on je. lagipon kawan aku yang lain sume agak membusykan diri. yelah, Najwa dapat PLKN so dia buat after PLKN. Aina tak tahu nak buat bila. Arni pon tunggu kawan dia, hm so aku pon pergi jelah sendiri. then, Iwe ajak aku. dia kata aku mesti masuk kelas tu sekali dengan dia sebab dia takde kawan and bengkel uh selama 5 jam haha. bajet aku boleh borak je dengan dia kan. laki kot -.-
so, tadi bila aku dah daftar aku text dia. habis happy mamat tuh sebab ada kawan. HAHA. apa da kau Iwe.
heh, back to the title. then lepas siap dafter dengan Cikgu Kamal tu baliklah nak buat apa lagi. then suruh umi aku berhenti dekat kedai depan tuh nak beli top-up heheh. kuat sangat texting dengan alienades haha.
then, umi aku kirim rempah ribu dengan NST and Utusan Malaysia. malangnya aku hanya jumpa UM je NST tak jumpa. masa aku pergi dekat kaunter tu tiba-tiba nampak someone yang familiar je dengan aku.

" eh, macam kenal. tapi, betul ke dia? kang orang lain malu aku tegur orang tak kenal "

so, aku buat tak kenal jelah. then topup tade kena pegi 7-E kat sebelah.
lepas tu bila masuk kereta rupa-rupanya NST ada depan pintu tapi aku tak nampak. so, kena pegi sekali lagii dalam meredah hujan yang lobat itu. haha, jumpa sekali lagi budak tu. hm confuse betul aku.

then tadii, orang yang disyaki budak dekat kedai tu online fb. so aku tegur lah.
rupa-rupanya memang dia haha. Alif Aqwa namanya. hehe. dia kembar tiga tau. dua lagi adik beradik kembar dia are Aisyah and Ahlami. semua ni kawan aku sebab masa sekolah rendah kitorang sekali. kelakar tiga kembar nii. dah laa rapat.
ha, lepas tu Aqwa ni pon kata dia tak cam aku,. aiseh lain sangat ke aku? alah, pakai spect je pon -.-
kecoh haha. just kidding :D

okay lain kali aku jumpa aku tegur.
okay that's all. nak kena tidur ni sebab pagi esok pukul 8 lagi ada kelas. adoi tak biasa dah aku bangun awal nak masuk kelas. kang lambat pulak neuron nak activekan neurotransmitter ni. heheh. bio bohh !

okay, selamat malam :D

so sweet !








 

Ha. apa yang sweet ! its Maria Elena and Asfirdaus ! adoii. diorang dah kawin and it so sweet. ah haaa. ha nak tengok video tu? err. nanti lah aku try cari,. buat masa ni ada dalam fb jee. and i watched it twice haha. it was very sweet. haha gehh.

adios ~

law of happiness





 


Hye. tadi aku baca buku yang aku beli dekat BIG BAD WOLF tajuk The Law of Happiness. Cantik cover dia.
ha nih dia !





cantik kan? boleh la menarik minat aku masa pilih tu.buku ni adalah susulan daripada The Law of Attraction pon karya Dr. Henry Cloud ni jugak. tapi, kena hati-hati lah sikit bila baca nii sebab dia dari segi pandangan kristian kann. so, aku amik yang mana masih boleh diguna pakai dalam Islam. first, dia kata kenapa ada unsustainable happiness.

here are the paths :

Reason Number One : Our external circumstances do not have the inherent power to bring us happiness.

hm, there are 'states' within which we find ourselves right? like rich or poor, degreed or not, renting or owning, skinny or fat. these states can change at any given time in our lives. but most of all, they are 'OUTSIDE US' . what has the research into happiness shown us about circumstances. well, the answer is surprising ! especially since we live in a culture that is obsessed with the live above and others like it.
here is the finding :

CIRCUMSTANCES ACCOUNT FOR ONLY ABOUT 10 % OF OUR HAPPINESS !

wow. it's really surprising kan? haa, so to whom that live in those circumstances you better get realized now or else you will regret about your own happiness.

okay, 

Reason Number Two : Circumstantial Happiness Does Not Last

haa. this what I like !

psychological research has shown something else about " getting" or "achieving" some external , circumstantial state as the path to happiness. It does not last. it has a short life.

haa, yang ini aku terangkan nanti eh. 

bubye.

no title :*

 


Hye.  hm, tak tahu lah apa perasaan sekarang nii., happy pon ada. i don't know why. aku tak tahu sama ada statement yang fahim text tu yang buat aku rasa macam ni sekarang. padahal masa aku reply mesej fahim tu aku dah kata yang i felt nothing yet happy sebab i've finally realised about something. do not wait for something that does not belongs to you. hm?
sebal pon ada sebab macam useless je aku fikir pasal dia. kan?
dia pon bukannya fikir pasal aku. dia never cares :/
so why should I isn't ?
tapi semalam aku mimpi dia. fuhh what a nightmare ! stop it syafiyah ! don't be fool ;'(

okay. im forgetting you for no reason. though i think i know why. but it's okay. i must ignore those :D
may you happy always.

ya Allah tetapkanlah hatiku untuk mengejar cinta-Mu yang abadi (:


tutorial

 

Okay, tadi tengah mengushar tutorial. Nak kemaskan blog heheh (:

Sunday, December 2, 2012

reminiscing UNGA


OKAY NI PERSIAPAN MALAM BEFORE UNGA. KITORANG BALIK PUKUL 1 LEBIH.




 haha sempat lagii








 tu dekat wallpaper dengan ular -.-




dalam kekalutan pon sempat snap haha



 aku and fahim pakai mask mummies



 egyptian portion booth (:



YANG NI ON UNGA'S DAY :



 syafi & kinah (:



 aku and dua pharaoh





 haha King and Queen of Egypt lah konon . hee dengan Teacher Reginah miss her much !







 yeah pyramid tu aset kemenangan kami !




 KAMI JUARA UNGA ! 4 AMANAH IS THE BEST (:



 haha nuar muka selenge =='





haaa it's the end of UNGA. Okay our hard works paid.
walaupun kami gaduh teruk gilaa tapi kami MENANG alhamdulillah.

WON'T FORGET THIS MEMORIES :')


it was us ;)


dear dyan 2

okay,
assalamualikum. now i am going to tell you more.

dyan, do you still remember that we had a lot of memories together ?

ingat lagi tak masa kelas kita ada LDP jaga?
kita selalu kena marah dengan Daus sebab bising. then one day. bila dia masuk je kelas kita automatic DIAM haha sebab takut dia tengking dalam kelas lagi.

then what did we do ?
haa , kita main passing note in secrecy haha takdelah passing mana pon kau sebelah aku je kan. macam macam kita tulis and gelak-gelak. soryy Daus masa tu kita tak kenal lagii. eheh.

ingat tak nama yang kita bagi? aku tak ingat tapi sound like this ' bin tongkol emas putih ' kan ? haha. tu nama rekaan kita lahh.


haa, then ingat tak masa bulan puasa 2011 kita clear blok lambat sebab tertidur. kan entah tak ingat sebab apa. then kita KENA KURUNG dalam blok sebab BLOK DAH KUNCI ! haha horror tak? dah la petang. masa tu evening call dah start ponn. then , kita nak terjun blok tapi masa tu cikgu shahmi tengah marah-marah kat evening call sebab budak laki ramai yng lambat. then kita usha-usha budak laki lalu bila diorang dah takde, our mission started.

aha, well ni first time aku terjun blok memandangkan aku budak baik haha. so, aku terjun dulu sebab takut.
dah la masa tu kita pakai baju kurung ! yelah nak pegi prep malam kann. aku ingat lagi aku pakai baju kurung pink polka dot. kau aku tak berapa ingat pakai baju apa.
haa, first kita baling bags kita. then aku bapak cuak nya nak terjun. kau dah expert masa ni kann haha .

then , GEDEBUK aku terjun !

perh nak tercabut kaki wehh. memang lah dah blok tu tinggi. ha agak terhenjot-henjot aku jalan malam tuh. haha. kelakar gilaa. dah la terjun tu sebab nak berbukak je. kalau tak maybe tak keluar terus kot heheh.

then ingat lagi tak masa pergi bazar ramadhan kita balik lambat. then stay kat BLOK E sebab blok G kita kunci. mintak dengan bwp masa tu before isyak je tapi terus sampai prep. then balik blok G tak keluar dah heheh.

yelah masa Form 4 kita agak jahat kan? but bila Form 5 kita dah berubah. alhamdulillah. and i'm glad to see you changed (:

hm, paling aku ingat lah sepanjang aku hidup ni. birthday masa 2011 paling bermakna kot.

yelah, berduyun-duyun surprise kau bagi kat aku.

ingat lagi kau tanya aku macam mana nak edit video. if only aku tahu kau nak edit video untuk aku !

hm, then kau marah-marah bila ada orang bocorkan surprise kau untuk aku.

okay takpe .
pagi tu , 16 Oktober 2011 hari Ahad. kat morning call ada orang cakap kat aku yang kau buat something then aku malas layan takut kau sedih.

pagi tu lepas kemas bilik aku pergi kelas nak study.
then borak-borak dengan As sambil study haha.

lepas tu As belanja mcD sempena birthday aku lah.
suddenly ada text " syafi bila nak baliik bilik ?"

oh. then aku immediate balik bilik.
tiba-tiba ifa datang suruh pergi bilik dia. huh? cam sabet je sebab jarang ifa ajak gi bilik sebab aku memang akan menyibuk bilik dia dulu. heheh. then dia tanya aku.

" eh Dyan ada blog tak? ce bukak."

aku nih dalam hati ' aih ifa ni, buat-buat tanya pulak. bukak lah sendiri asal aku pulak yang nak kena bukak kan . aku tumbuk baru tahu dia nih'

tapi aku tak cakap lah gitu kat diaa. then aku bukak lah masa tu storytyping.

guess what.
kau tukar blog tu jadi macam blog aku sebab penuh dengan gambar aku and gambar birthday ! Ya Allah.

aku baca post tu sambil nangis macam orang meroyan doh haaha. then lepas baca aku terus nak gi bilik cari kau. tapi ifa pegang tangan aku. ececeh macam movie ombak rindu pulak.

dia kata suruh aku bukak folder kau pulak. aku nih bukan main pelik lagih.

then ada video pulaak. okay no doubt aku memang terharu yang amat sangat paling sungguh !

video tu about us.
then aku cari kau kat bilik kita takde.
so aku carilah kat bilik sebelah but suddenly

'" KABOOM ! "

ada explosion. haha. bukan bomb pon tapi party punya bomb yang keluar warna putih tuu. and i've cried on that moment and aku peluk kau. haha :)

then balik bilik ada pulak hadiaaah. ayoyo berapa banyak daa. kau bagi frame yang ada banyak-banyak gambar kita. and aku masih simpan tu atas meja dalam bilik aku kat rumah sekarang. and novel purnama merindu tu pon ada dengan kotak dia sekali. and birthday card cake tu also. and you know what, aku akan tengok semua birthday present tu hari-hari. yelah dah ada atas meja kann mestilah tengok hari- hari haha.

hm, I LOVE YOU DIYAN ;)















dear dyan ,

assalamualaikum.
well,this special entry was really dedicated to my special little bestfriend :)
though we're no long spend our times together at the college. but i'm still hoping that you keep me as your bestfriend forever.

okay, let me confess it all out.

you know, this one year i have been through it with pain . i have no longer a bed chatting , no longer have someone to be slapped for making me woke up for shocked , no longer  have a person to help me clean my locker on sunday morning. no longer have a person to change our bed on the night, no more person for me to keep a place after my bath eventhough you were still sleep. no more person to change our locker and bed arrangement every week, no more person fome to cgour room to be as a golden screen cinema eventhough actually you were sleeping leaving me alone to watch ghost story, and no more person to fight who were the fastest to reach our room. and i can still remember every time you were collapsed, everybody would always searching for me.


i could still remember one night , you called me.

 " syafi ! cepat mari lab rc dyan pengsan !! " it was izzah .

and masa tu dah pukul 12 lebih i guess sebab memang dah lights off masa tuh.

" okay okay syafi datang ! "

and aku like sepantas kilat tukar baju and lari from blok E to lab RC which it is at BA. well, eventhough i can't run due to my health condition and aku memang nak pitam masa tuh sebab lari kuat sangat.
plus izzah kata only you and her at that time lagilah aku cuak.

then sampai sampai aku tengok budak laki tengah usung guna stretcher .

then pegilah hantar kau kat blok G. then , you didn't woke up. okayy its weird if you didn't wake up in 10 minutes so aku dah cuak and i've cried sebab takut something bad happened to you sebab aku tahu masa tu kau tengah stress bout rc project. and i stay at your room till next morning.

then pagi tu, kau cakap " thank you syafi "

and i like wanna cried for no reason ! tak tahu kenapa. maybe sebab lepas tu you were with ifa or idk !

haha. it was weird.

okay that was a story, though. tapi, for sure. every time kau pengsan orang tak pernah cari orang lain selain aku. even kau dah tak rapat dah dengan aku tapi aku tak faham kenapa orang mesti kalau sabet dengan kau mesti diorang tanya aku. and every time orang tanya tu made me sad. yelah , i know nothing about you since this year. right? kau asyik berkepit dengan new bestie.

tapi, yang paling aku sedih is when kau sakit, your bff wouldn't be there for sure. dia study kat kelas and i would always keep an eye on you kat sickbay sampai one day aku demam sebab terkena virus kat sickbay tu haha.

takpee sebab aku sayang kau. that is for sure and i am still feel that you are still my bestfriend.

tak tahu kenapa tapi for the first time kita kawan aku tahu kita banyak persamaan. aku rasa macam dah lama kenal kau even kita dah kenal dalam fb before daftar maktab. still remember how did we met?

okay, one day aku ni curious nak tahu macam mana lah rupanya mrsm kuantan tu so aku type lah mrsm kuantan kat google search. then dia keluar link blog kau so apa lagi aku bukak lah.
then ruparupanya kau pon dapat mrsm kuantan. oh, betapa excited nya aku jumpa orang yang dapat maktab tu jugak.

then, on the registration day kita selisih kat DT and kita serrentak berpaling bila dah terlepas

" EH ! "

tu ayat kita. serentak pulak tu haha kelakar. masa tu kau baru nak daftar and aku nak keluar pegi beli barang.

haha. sepanjang orientasi jarang jumpa sebab banyak ikut homeroom kan.
but then, guess what? kita sekelass !

haha. sweet.

then, first time kita kena naik kelas semua orang tengah chopp tempat. and kau tanya aku " err, ada orang tak sebelah awak ? "

then kita jadi deskmate. cool :D

haha. then kita masuk navy sama sama ingat tak masa tu lepas test math kat DI cikgu Azimawati datang tanya sapa lagi nak masuk navy and kita berlari gi jabatan sebab nak masuk sangat. ha, then kita masuk robotic club sekali. haha. semuanya sekali except for sports sebab kau kena tarik dengan cikgu masuk netball and aku hoki. tapi takpee.

kita deskmate. then oneday bila balik from camp navy tiba-tiba meja kita kat depan sekali ! haha kita duduk depan sekali sebab diorang buat jahat time rearrange kedudukan kelas diorang alih mentang-mentang kita takde kan. aku ingat lagi muka kita macam ayam berak kapur lepas naik kelas after isyak kat surau haha kelakar. tapi takpe as long as kita deskmate kan.

then, tiba-tiba roomate aku pindah.

so, kau datang jadi roomate baru aku, ingat lagi muka kau happy gila bila dengar roomate aku pindah.
" nak pindah !"

haha muka bapak happy.
then kita jadi ROOMATE :D.

WAAAH. kita makin rapaaat kann. everyone admits that. kemana-mana kita mesti sama kann. haa ingat lagi kalau waktu pagi. aku mesti bangun paling awal kat Knight Shanghai. and mesti aku mandi dulu and compound kita tuu kalau dah masuk pukul 6.15 memang takde air lah nasib-nasib.

then bila orang tanya aku sape after , mesti
" DYAN !"

walaupun masa tu kau tak bangun lagi kan? haha. then baru aku kejut bila dah siap and bagi warning.

hm. and you remember one morning. kita tiba-tiba je bangun awal sebilik. walaupun kita sebilik dua orang jee. then kita siap-siap pakai kain semayang nak pegi subuh. then kita TERTIDUR ! yeah BOTH OF US TERTIDUR ! haha. after that bila terjaga kita bapak tergocoh-gocoh turun nak gi subuh tapi dah terlambat kann, semua orang dah balik from surau huhu. terpaksa lah nama kita ditulis. then pagi tu nama kita kena panggil. entah macam mana pagi tu semua orang baik, kita dua je yang tak pegi subuh hari tu haha. nasib baik mood cikgu baik hari tu suruh kita kemas surau je kan. haha. kelakar.

hm, that was our memory. ada banyak lagii. nanti aku buat second entry for you.




Friday, November 30, 2012

SPM IS OVER

assalamualaikum. yes. spm is over andim free now . but out of that, im school student no longer! thats the fact that i must face. goodbye mrsm kuantan. goodbye suzuran. i heart you a lot.
.

Saturday, October 27, 2012

doakan saya (: SPM !

Assalamualikum. Kepada semua warga Blogger, sebelum saya pulang ke asrama untuk berjuang for Sijil Pelajaran Malaysia 2012 saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya saya ada melakukan sebarang kekhilafan mahupun kesalahan. Sama ada sengaja mahu pun tidak harap dimaafkan. Kepada sesiapa yang saya pernah sakitkan hati, saya sangat sangat MINTA MAAF secara ikhlas. Ke
pada semua rakan-rakan, doakan kejayaan kita semua. Semoga Allah SWT merahmati perjuangan kita selama ini dan Dia memudahkan urusan kita ketika dalam dewan peperiksaan nanti.

Sekali lagi saya ingin MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI.

Ikhlas dari Nur Syafiyah Nabilah bt Arman.
SPM candidate for 2012 and 9A+ candidate insyaAllah (:
 
 
 Jadi, semoga perjuangan saya di MRSM KUANTAN diberkati oleh ALLAH SWT. InsyaAllah . Amin ~


Doakan Nur Syafiyah Nabilah Arman mendapat keputusan 9A+SPM 2012 and dapat scholarship (:

Adios.

Friday, October 26, 2012








































ASSALAMUALAIKUM.
hm, nak cakap congrats to all SUZURANIANS for graduating from MJSC KUANTAN. It was very honorable for us to receive the certificate from Prof.Dr Khairanum the Canselor of UniKL. 
And congrats to all graduates that manage to graduate with First Class honor. But for those that couldn't get that level yet, DO NOT FEEL HUMBLE. SPM hasn't come yet. And you can prove it to other people that not all first class honor's could get straight A+ and not all the other person couldn't reach that top of moon.