Sebenarnya aku dah lupa aku ada blog kahkah. So so so so somtam, rasa nak post sebab tgk blog archive 2 posts je baru tahun ni kuikui. Takde idea sangat nak share apa dekat blog ni hm.
So nak share skrg tengah baca novel ni hehe
Belum habis baca lagi, tapi so far best hehe sebab cam dia tak heavy sangat and agak ranggi gitew. Novel ni pasal satu family pergi vacation (ain't it obvious?kahkah).Tapi cam anak2 diorang tak berapa nak gemor sangat berkumpul satu family ni. Pasal two sisters that are being cold to each other merely because of the stabbing words said by the younger sister at first. So biasalah kakak wajiblah berkecik hati nyamuk gitu ha. Nanti dah habis baca i bagi rating eh (bajet penting je rating aku kasi tu wakaka)
Ha, baru teringat. Semalam aku layan Ted talks then I found a video ; North Korean refugees sharing their life struggles. Subhanallah sedih sangat weh. Air mata keluar plus minus sama banyak masa tgk 1liter of tears ha. Sebelum ni aku hanya tau North Korea ni military based governed.
Tahukah anda, North Koreans tak tau kewujudan internet? Mereka tak tau facebook tu apa, youtube tu sejenis haiwan mahupun bunga apatah lagi friendster (kahkah).
Dorang disekat daripada berhubung dengan dunia luar. Dan diorang sangat mengagung-agungkan jeneral diorang. Kim Il-Sung and Kim Jong-Il. Diorang semua pakai badge muka jeneral dorang hari-hari tau tak. Betapa agungnya kim il sung pada dorang.
Tahukah anda lagi, separuh rakyat north korea hidup dalam kemiskinan melampau. Rakyat mati kerana kebuluran. Subhanallah. Sedih sangat.
Nah tengok lah video yang meruntun jiwa kudus aku ni,
Lepas tengok video-video ni, rasa sangat bersyukur dengan kehidupan sekarang. How fortunate we are (well some of us) to at least have regular meals each day, and we don't have to live in constant fear even for a second. Dan jangan lupa jugak dengan keluarga kita di Syria, Palestine. Mereka pun golongan yang dizalimi. Semoga Allah swt berikan mereka kekuatan.
On a side note, aku dah nak habis cuti semester hwahwahwa. Cuti 3 minggu je bukan macam budak ipta cuti berbulan-bulan. Honestly aku sangat jeles dgn budak ipta. They have wider opportunity in term of networking, social activities, pembangunan sahsiah, mencari calun zauj dan zaujah (eh?) kahkah tak lah tu sambil menyelam minum air je tehee. Jadi students ipta ketahuilah korang ni beruntung tau tak! So janganlah sia-siakan masa uni anda dengan benda yang tidak mendatangkan pekdah. Joinlah activity2 anjuran kampus tu secara maximum dan perbanyakkan networking anda ( bermaksud berkenalan dgn orang as many as u could! tapi jangan berkenalan gatai dgn opposite gender ja hmph *emoji jeling mata*) Jealous ngat ngan diorang nih tapi nak buat camne rezeki dan life journey berbeza kan so appreciate jelah my own path ni hehe.
So i'm just going to pump the best out of me for the next semester inshaaAllah. Hopefully next semester i won't hold myself back from actively involved in any clubs or events cause that's what i enjoy the most to begin with. Aku jadi agak intimidated nak jadi commitee sbb nya semua chinese je active dalam clubs and events ni aha. Plus takde kawan yang minat handle benda camni so it pulled me back couple of times now. Tiap kali nampak commitee reqruitment poster and all hati meraung nak join tapi minda kata jangan lagi. But if i'm just going to listen to my guts, i won't be progressing at all will i? So pray for me will you tehee. Ayoh syafiyah jadi katang sikit knock off the negative thoughts and begin to rock your campus life hahaha.