Assalamualaikum.
Wah dah setahun tak tulis benda kat blog ni haha rindu tak? K I need to acknowledge the fact yang blog aku ni tak ubah macam diary aku je; aku tulis aku baca. But who cares at least aku still dapat satisfaction (puas hati sangat ke) dapat express thoughts in my mind through words and letters :)
So sekarang ni berdasarkan tajuk diatas sila kemukakan hujah-hujah relevant anda lol much.
K lah tadi ada scroll through fb pastu jumpa ada short film made by student mbbs. Bukan nak cakap pasal mbbs tetapi nak cakap pasal ada satu quote dalam video diorang
" Remember the reason why you're doing what you do today "
Aku memang sejak form 5 aku takde cita-cita, aku taktau nak jadi apa kerja apa. Takde langsung carta macam yang selalu buat masa lower form or standard form yang macam
2012- SPM 9A
2013- ambil degree medic
2019- jadi doctor
and blablabla. Chop tu contoh saja sebab aku pernah buat carta aliran (lah sangat) nak jadi doctor. Dulu lah.
And now here I am doing my bachelor in software engineering. Like aku tak pernah terfikir mahupun imagine aku end up buat degree course ni. Dulu imagine buat medic or chemical engineering or other typical courses yang pemuda-pemudi malaysia suka buat kan.
Tapi bila fikir balik, degree is nothing. Degree hanya certificate, surat yang boleh engkau nak mintak kerja kat dunia ni. Hakikat sebenar, kita belajar. And aku selaluuuu sangat berfikir, kenapa semua orang hidup, tapi ikut skema.
Maksud skema disini, kau pergi sekolah sampai tingkatan 5, ambil spm, masuk uni ambik degree, masters or phd. Padahal benda tu bukannya kita wajib buat pun. Yang wajib kita buat ialah belajar, gain knowledge. Allah tak kata kena amek degree untuk belajar. Allah cuma kata menuntu ilmu itu wajib. Tak semestinya kau belajar degree tu menuntu ilmu. Kalau kau tak pergi sekolah pun tapi kau membaca, kau tadabbur alam and kau relate dengan al-Quran tu pun menuntu ilmu.
Sebab tu aku kata kita hidup ikut skema. Lepas habis degree, kerja, beli kereta rumah pastu berhutang. Pastu kerja nak bayar hutang lepas tu focus utama kita hidup taktau apa dia dah. Kan? Terlalu focus nak membayar hutang harta dunia ni.
Aku selalu terfikir, kalau aku tak buat degree tapi aku still belajar, rujuk orang-orang alim, sama je. Aku still menuntu ilmu, cuma tak dapat sijil dunia iaitu sekeping sijil degree. Tapi dimata Allah swt, sama sahaja ganjarannya.
K get back to title, reason kan. Bukan nak cite pasal hoobstank tapi nak cakap reason aku belajar sekarang di samping menuntu ilmu kerana Allah swt aku nak buat parents aku bangga, Itu je, aku takde sangat nak aim gaji tinggi ke apa lepas grade cumanya aku nak based on ilmu yang aku belajar untuk degree ni aku boleh create something yang parents aku sangat bangga dengan aku. Aku sangat suka buat benda yang parents aku bangga, bukan nak ujub ke takabur ke apa tapi aku rasa benda tu satu kepuasan yang tak dapat nak describe. Rasa sangat puas!
And more over course aku buat ni adalah something yang ayah aku minat and he would always get excited when I share something within the course matter to him dan itu tak lain tak bukan buat aku happy sangat. My dad would always do further research and based on his current knowledge dia akan suggest siapa yang dah berjaya dalam bidang ni and how do they do it and bila aku read more on the persons he mentioned sangat-sangat membuka mata. Most of them punya life goals bukan untuk jadi kaya, bukan untuk popular. Kebanyakannya sebab nak move away from poverty. Most of them orang miskin, and they want to change their life through education, knowledge. Sama macam my dad's story. His mother (which is my opah) would always say that only education will bring you away from poverty and change your life. Allah swt jugak ada cakap yang darjat orang berilmu ni akan diangkat dekat akhirat nanti. Dekat dunia pon kita dah nampak bezanya orang berilmu dengan tak kan?
Ayah selalu cerita dia punya hardship during his childhood. Being the eldest son is the toughest job that he had to do. *suddenly mata get blurry with tears* Ayah cerita, yang masa dia kecik dia belajar dekat kubur india dalam estet sebab kat situ je dia boleh cari tempat yang senyap, the only place he could gain cocentration to study sebabnya dekat rumah adik-adik ada 6 and semua kecik-kecik lagi and korang mesti tahu betapa bising and distractingnya situation kat rumah tu kan?
Ayah cakap setiap malam dia belajar dekat kubur india pakai lilin je sorang-sorang bermejakan batu nisan kubur tu, at that time he was only a kid and he had to struggle so hard hanya untuk buat homework and belajar. Compare dengan aku, ada bilik sendiri, takde gangguan, lampu kipas ada meja ada tempat sangat selesa tapi kenapa aku takde a strong will as ayah had during that time?
And then family ayah memang sangat miskin, parents kerja estet and at that time korang ingat berapa je gaji kerja estet? Ayah ada 7 beradik and mostly gap dekat2 so memang masa tu duit tak cukup sampai satu masa ayah sampai kena mintak sedekah dengan sedara2 nak beli nasik. Masa tu ayah still darjah something and dia dah kena pikir nak cari duit untuk adik-adik belanja sekolah.
After all those hardships, ayah dapat sambung belajar overseas, finally he had the chance to change his life. Ayah tak pernah sia-siakan every oppurtunity that he has. Dia bukan setakat belajar benda yang dia supposed belajar tapi dia belajar semua benda. Setakat ni semua benda yang aku tanya ayah boleh share something. Literally ANYTHING. Science, maths, bio, sejarah islam, anything he can share something.
Tapi sebab dia ayah, dia simpan banyak lagi hardships dia daripada anak-anak. Dia hanya share benda yang dia rasa boleh motivate anak-anak dia untuk kuat semangat belajar tapi aku tahu, kesusahan yang dia share kat kitorang maybe hanya 1% of what he has gone through in his life.
Pointnya kat sini, keazaman or in english determination to achieve what you want. Tak kisah la apa-apa korang nak yang penting kesungguhan and semangat yang kental! Oyeahhh. And aku tak perlu nak jadikan bill gates, steve jobs as my idol, cukup lah ayah aku yang aku rasa sangat luar biasa cuma tak masuk tv ja haha untuk jadi semangat aku. Not as aku tak adore steve and bill gates, adore tu adore tapi aku adore ayah aku lagi hahaha.
Jadi post ni rasanya dah taktau point utamanya pandai-pandailah hampa extract mana points mana explanation mana examples lol.
Mana yang korang rasa benda elok ambik pakai mana yang tak let it go saja jangan nak menyanyi pulak geh. Ok assalamualaikum yosh tidur kejap before subuh!
3 April 2015 4.40AM