Thursday, January 31, 2013

Alienades takkan terpisah:')



This is an quick entry. I've found this in my bestfriend's blog. AZNIDAWATI AMIR :')



aku rindu

aku rindu tengok am senyum .
aku rindu fahim yang selalu 'aku bosey bosey bosey' sambil gelek .
aku rindu nak baca nuha cun .
aku rindu diyan dengan samsung pink dia .
aku rindu sakinah baling vaseline dengan anuar .
aku rindu muka blur wafa .
aku rindu nik mahirah yang selalu kena kacau .
aku rindu pandangan slack amin .
aku rindu nangis depan pintu dengan fadzrul .
aku rindu hazim gatal .
aku rindu pergi ds dengan anuar .
aku rindu syafi yang selalu merajuk dengan aku .
aku rindu pakaikan ifa inai kat jari dia .
aku rindu nak dengar ain kata dia gemok .
aku rindu nana potong kuku aku .
aku rindu dengar fina menjerit kuat .
aku rindu nak tengok bintang dengan a'a .
aku rindu cara jalan leen dekat coverwalk .
aku rindu tengok farha main sudoku .
aku rindu dengar syak sebot gehhhhh .
aku rindu gadoh dengan taufiq .

aku rindu Alienade :'(







Saya sayang sangat dengan classmates saya. Semuanya :') Mereka banyak ajar saya survive dalam hidup. Especially Hazim and Anuar. Dua orang ni selalu support aku kalau aku rasa down. Diorang selalu jugak bagi nasihat dalam kelas bila ada sesuatu yang kami kena pilih or buat dengan result or pelajaran. Mereka awesome !




Pose pose baq hangg

ha ! cepat masuk sintesis ni hah !


Hah, dah bosan prep sila ke padang heuheu


naik motor lagi best daripada prep huyahh

sila pulang ke kelas yeww


4A ladies only masa car wash hari guru heww :')







 4Amanah 2011 ke majlis aqiqah form tecer Wan Shahriza




 time raya di maktab 2011 kami satu kelas (girls only) bosan di dewan naik rooftop buat aksi ngeri HAHA




bukak puasa kelas di padang Majlis Perbandaran Kuantan





bukak puasa di maktab duduk satu meja HAHA assabiah




Okay nanti full entry soon.



Titipan buat seorang teman


Apa dia tajuk tu ? Eh tak reti baca ka ? Takda lah. Sepanjang cuti aku banyak jugak tengok pasal orang-orang yang dah pegi menemui Kekasih abadi kita kan. Semalam aku teringan arwah Safwan. Dia meninggal 1 Syawal 1431 H bersamaan 11 hb 8 2010. Aku dapat call from Arni masa tengah beraya dekat rumah jiran opah, Aku dah nervous nak angkat sebab before this dia dah banyak kali inform pasal arwah dekat HUSM dalam ICU. Masa tu aku dekat perak. Balik kg. Bila aku angkat, aku dengar Arni menangis kuat. Aku tak sanggup nak dengar..




" Weh, safwan...."
" Weh jangan .....
" Safwan dah takde... "

Air mata aku mengalir laji gila ! Teresak-esak depan diorang. Aku tk makan pon pegi tu. Ya Allah tak percaya ! Aku baru jumpa dia before balik kg dekat sekolah.

And apa yang paling aku terkilan, before dia meninggal dia suruh aku tolong dia depan cikgu disiplin nanti, Tapi memang aku tak boleh sebab dia memang salah.


Dia kata " Macam ni la kawan. Takpe ah.."

Sory we. Aku bukan taknk tolong. But I truly can't. Masihku ingat masa darjah 6, dia selalu buat shuffle tangan kat aku. Kalau aku ngantuk ja,

" Weh buat tangan ikan " masa tu tktau word shuffle lagi,

Then dia mesti buat . Kadang-kadang time cikgu ada pon dia buat jugak. Haha sebab aku ngantuk and bosan. Haha darjah 6 bosan apa lah sangat.

Okay. Lepas dapat tahu dia dah takda. Aku doa banyak-banyak kat dia. Dia classmate aku masa darjah 1 sampai darjah 6 kot. Memanglah kecik lagi tk ingat pape. Tapi aku ada lah pergi rumah dia dulu masa ayh dia meninggal.

Arwah ni baik. Dia cakap lembut ja. Bukanlah bapok. Tapi dia cakap tu takda lah sakit hati, Just masa form 3, dalam 3-4 bulan before dia pergi dia macam memberontak sikit. And dia kerap jumpa kawan aku, so kami macam tk suka and marah dia.


Tapi, sapa tahu tu detik-detik terakhir dia. Aku tak tahu ! Allah swt ja yang tahu.


Then, lepas balik dpd kg tu. Kami pegi rumah dia, takleh melawat jenazah pon lawat family dia pon jadi lah. Bagi semangat sikit.

Tapi Arni pegi tengok jenazah tu. Then ada orang mms aku gambaq jenazah dia. Memang tk elok kan tapi sebab nak tgok sangat. Mula-mula nak simpan, tapi kesiankan dia. Aku pon delete.


Macam mana dia meninggal ?


Begini, masa tu bulan puasa. Dia nak pergi rumah nenek dia dekat PT tak silap. Masa tu dia dari rumah. Jauh jugak laa PP to PT tu. Dia pegi naik motor, dia kata dekat mak dia nak pegi dekat ja.

But then, malang tk berbau dia bertembung dengan van or lori something. Then, ada orang jumpa fone dia. Maybe recently dia text dengan Arni so orang tu call Arni direct before call mak dia lagi. Means kawan aku ni tahu dulu lah.

Dia call kata

" Dia excident ni. Dekat HUSM ..." and lagi tk tahu.

So after that kawan aku terus call aku, masa tu dah nak dekat raya and aku dah balik kg.

So,  masa Arni call cakap dia excident tu relax ja. Ingat macam patah kaki ja ke apa.

Second day Arni kata masuk ICU. Aku start cemas dah. Then dua hari berikutnya dah raya. And dia meninggal 1 Syawal and tak sempat PMR lagi. Kesian arwah. Masa tu kan kami baru f3.Takpalah Allah swt lagi sayangkan dia and ambil dia balik before kami.

Kita sama-sama doakan dia ya.

Ya Allah, semoga kau tempatkan sahabatku Muhd Safwan bin Kamil ini dalam kalangan mereka yang beramal soleh serta dikalangan kekasihMu. Engkau angkatlah siksa kubur darinya, luaskanlah liang lahadnya, terangkanlah liang lahadnya dan Engkau ampunkanlah semua dosa-dosanya ya Rahman.


Jadi, kita yang masih mampu bernafas ni. Aku terutamanya, banyak sangat dosa. Banyak khilaf. Kita patut ambik iktibar dengan semua ni.


Al-Fatihah.